in ,

Apa Yang Girls Pandang Dekat Boys Di Sekolah?

Sumber gambar: https://aminoapps.com/c/k-drama/page/blog/high-school-love-on-secondary-couple/BQLs_wuJv80Ynx10KMx3Dl8ZgndPWq8

Okay ke tak aku buat style rambut macam ni? Nak pakai beg silang tepi ke beg belakang? Nanti kalau pakai beg silang tepi, tak ada awek pandang pulak. Aduhh, susahnya macam ni…

Ehh awak pergi sekolah nak belajar ke nak awek pandang? Haha! Tapi kalau ada awek pandang pun apa salahnya, kira bonus point pakai handsome pergi sekolah. Korang nak tahu ke apa yang girls suka pandang dekat korang? Kalau bagitahu nanti kantoi pula rahsia para gadis. But it’s okay, sis Ainaa share sikit khas untuk korang ya.

ATTITUDE DENGAN KAWAN

via GIPHY

Sometimes ada orang bila dengan kawan baik perangai dia lain, dengan kawan biasa dia jadi lain. Ada juga yang jenis tolong kawan baik je, agak kawan tu tak berapa rapat dengan dia, tak ada nak tolong sangat. Kalau nak tahu, girls suka memerhatikan perangai korang bila lepak dengan kawan-kawan tau. I mean cara layanan dengan kawan-kawan. Bila dah kasar dengan kawan, takkan dengan awek korang boleh tiba-tiba jadi lemah lembut pula? So, jaga-jaga ya.

ATTITUDE DENGAN CIKGU

via GIPHY

Cikgu ibarat lilin yang akan selalu bagi cahaya pada korang untuk berjaya pada masa akan datang. That’s why kita kena hormat dekat mereka. Agak-agak korang hormat dekat cikgu ke tak? Kerja sekolah selalu buat atau bila dah kena marah baru buat? Girls tak suka tau kalau korang tak hormat cikgu. Confirm kalau bercinta korang pun tak hormat dekat dia. Bukanlah sis Ainaa suruh ‘kipas’ cikgu, tapi cukup korang hormat pada cikgu-cikgu dekat sekolah okay.

JOIN SPORTS

Image result for hot boys play football
Sumber gambar

Ehemm, siapa geng bola dekat sekolah? Untunglah main bola sebab girls suka tau boys yang main bola. Ainaa pun dulu masa sekolah memang akan buka luas sikit kalau lalu dekat padang sekolah, nak tengok siapa muka-muka yang main bola. Hehe! Kalau nampak je geng bola confirm semua pakat tiup-tiup hujung tudung. Korang ada nampak girsl buat macam ini depan korang? Maksudnya maybe dia ada hati dekat korang ke, eh? Jangan pula lepas ini habis je training bola korang terus sengaja lalu dekat tepi kelas orang lain ya.

KAKI LEPAK KE TIDAK

Image result for lepak dekat sekolah
Sumber gambar

Biasalah kalau dekat sekolah mesti masing-masing ada port lepak tersendiri. Dekat hujung makmal komputer la, celah tangga kelas la.. Silap-silap area tangki air pun jadi favorite port korang and the geng! Girls bukanlah tak minat yang kaki lepak, tapi kalau tiap masa korang melepak bila nak belajarnya? Janganlah selalu sangat lepak, bawa-bawa masuk kelas.. Nanti dah habis sekolah nak melepak pun suka hatilah, asalkan korang tak melepak buang masa. Biar lepak tu ada faedahnya okay boys.

Cukup kot setakat ini saja rahsia yang Ainaa boleh bocorkan. Ini baru sikit, ada lagi rahsia lain yang korang kena tahu. Kalau nak tahu lagi, komen dekat bawah. Tapi kalau nak DM Ainaa dekat IG pun boleh juga. Kita PM tepi!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Curi Hati Crush Dengan Makanan!

Demi Rambut Panjang, Pelajar Sanggup Buat Petisyen?!