in ,

Apa Yang Boys Squad Perlukan Dalam Hidup?

Sumber gambar: https://twitter.com/hashtag/ogschool_project

Dalam hidup kita, bukan setakat girls je tau yang ada perasaan. Lelaki pun ada hati, emosi dan perasaan yang perlu diberi perhatian sama macam kita walaupun mereka nampak lebih kuat dan gagah. Jadi, apa yang boys squadย perlukan dalam hidup ya?

BERANI

Sumber gambar:

Lelaki mesti berani! Ini yang selalu kita dengar dari kecilkan? Ya betullah apa mereka cakap sebab satu hari nanti awak akan jadi pemimpin untuk keluarga awak. Kalau kita nak jadi pemimpin kita kenalah jadi seorang yang berani bukan penakut.. tapi kena ingat walau kita berani macam mana pun jangan sampai kita lupa diri dan sombong. Kita kena berani juga untuk terima semua kritikan yang orang bagi dekat awak sebagai seorang lelaki.

KASIH SAYANG

Sumber gambar:

Semua orang ada sifat lembut untuk sayang orang sekelilingnya. Jadi kita tak naklah kalau ada boys yang suka sangat buli orang ke atau rasa terlalu hebat sampai berkasar dengan orang lain. Lelaki pun perlukan kasih sayang sama macam perempuan. Dalam terms ini, maksud Zoe korang perlu jadi lebih gentle dalam semua hal, barulah hebat!

DISIPLIN

via GIPHY

Squad lelaki memang perlu ada disiplin dan tahu untuk mengendali diri sendiri. Ini supaya korang boleh latih diri tidak terlibat dengan gejala yang kurang baik yang menghancurkan diri korang sendiri dan keluarga. Ish, memang bahaya tau! Nak nakal sikit sebab main dengan kawan itu boleh saja tapi janganlah sampai ada yang memudaratkan antara satu sama lain ya. Selain itu, disiplin pun akan buat korang terbiasa untuk rasa bertanggungjawab terhadap segala tindakan yang korang buat.

JUJUR

via GIPHY

Lelaki adalah antara gender paling ego nak mengaku salah. Apa kata kalau lepas ini korang cuba untuk sentiasa bersikap jujur dalam apa jua keadaan? Kalau korang selalu jujur dengan diri sendiri dan orang lain, automatik hubungan korang dan orang lain akan sentiasa baik dan tiada masalah. Walaupun kadang-kadang ada yang susah nak jujur tapi Zoe rasa lama-lama bila dah matang korang akan sedar sendiri mana baik dan sebaliknya.

So, lepas ini kalau ada boys squad yang tiba-tiba rasa nak muhasabah diri boleh cuba latih diri dengan point yang Zoe kongsi dengan korang. Ala, kalau tak boleh nak buat semua buat one by one supaya lama-lama nanti korang terbiasa. Iyalah, korang nanti dah dewasa ada akan ada satu fasa kehidupan sendiri. Jadi persediaan untuk sedar diri supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain itu memang perlu.ย 

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jom ‘Sorok’ Pipi Tembam Ikut Cara Bintang KPOP!

Get Back Dengan EX? Hmm, Let Me Think…