in ,

Apa Yang Best Sangat Dalam Kulit Ayam Ni?

Sumber gambar: bebasnews.my

Eeeiii, jangan ambil kulit ayam aku, aku nak makan last sekalilah! Nak kena rembat betul dia, berani betul curi kulit ayam aku!

Perghh memang boleh buat gaduh tau kalau ada kawal ‘curi’ kulit ayam dari dalam pinggan kita. Dia tak tahu ke kulit ayam benda paling sedap sekali! Lagi best kalau dapat makan waktu last sekali, kenikmatannya perghhh! Tapi for those yang tak makan kulit ayam MCD atau KFC, mesti akan bagi dekat kawan-kawan betul tak? Jangan buang ya, tak kisah kulit ayam yang korang makan dekat fast food atau mana-mana sekali pun. Kalau korang nak tahu, kulit ayam ada banyak kebaikan untuk kesihatan tau! Walaupun dalam kulit ayam ada lemak tepu, tapi menurut kajian daripada Universiti Harvard, lemak tepu dalam kulit ayam ialah yang baik untuk kesihatan, antaranya ialah..

MENU BAGUS UNTUK DIET RENDAH LEMAK

Image result for kulit ayam
Sumber gambar: pesonapengantin

Korang tengah dalam misi menurunkan berat badan? Kalau ya, korang boleh je makan kulit ayam . Of courseย untuk yang tengah nak turunkan berat badan kena ikut diet pemakanan rendah lemak yang mana ia bukan menu pilihan untuk korang. Siapa je yang suka nak had pemakanan walaupun tengah diet betul tak? Tapi korang boleh add on kulit ayam sebagai salah satu menu rendah lemak. Cuma tak bermaksud boleh bedal banyak kulit ayam MCD atau KFC tau. Ia berminyak dan tak sesuai untuk yang tengah diet. Sikit je boleh, jangan banyak!

TAK SEMUA LEMAK TEPU JAHAT

via GIPHY

Kesian lemak tepu, mereka bagaikan dibenci oleh orang ramai, padahal tak ada dosa pun! Tak semua lemak tepu jahat, ia juga memainkan peranan untuk kekalkan kepadatan tulang dan mengatur hormon serta sistem imun dalam tubuh badan kita. Kulit ayam juga mempunyai jumlah lemak tepu yang memang diperlukan oleh badan kita. Tapi make sure makan dalam kadar yang seimbang dan teratur. Bukan dijadikan sebagai kudapan tengok movie dekat rumah ya.

KULIT AYAM TAK SERAP BANYAK MINYAK

Image result for kulit ayam
Sumber gambar: 7mall.shop

Kalau korang selalu goreng ayam dekat rumah, tak payah risau kalau goreng dekat dalam minyak yang banyak. Kulit ayam takkan serap minyak yang banyak pun. Tapi kulit akan jadi kerak yang sedap dimakan begitu sahaja.ย At the same time ia juga akan kekalkan kelembapan daging ayam, so taklah daging ayam garing sangat. So, kulit ayam bukan musuh utama untuk korang yang nak diet. Cuma kalau makan berlebihan takut ada risiko untuk kesihatan pula. Beringat saja waktu nak makan.

MAMPU UNTUK KURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI!

Image result for kurangkan tekanan darah tinggi
Sumber gambar: freemalaysiatoday

Dipetik daripada akhbar tempatan baru-baru ini, walaupun kulit ayam tergolong dalam golongan kategori lemak tepu tapi ia mampu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang buruk disebabkan hormon badan kita. Kalori dalam kulit ayam pun taklah terlalu tinggi sangat sampai boleh menyebabkan kegemukan kalau korang ambil dalam kuantiti yang sederhana. At the same time, kulit ayam yang korang selalu buang itu pun sebenarnya bagus juga untuk jantung.

So lepas ini kalau mak korang marah makan kulit ayam, bagitahu dekat mak orang yang ia baik untuk kesihatan okay! Tapi ingat gais, jangan makan banyak sangat sebab tak elok juga untuk kesihatan. Apa pun, jangan share kulit ayam goreng dengan orang lain tau! Itu satu kesalahan besar, opss!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Period Kali Pertama? Ini Korang Kena Buat

Idea Posing Luar Biasa Dengan Squad