in ,

Apa #PicitChallenge Ni? Nak Picit Apa Sebenarnya?

Sumber gambar: Twitter.com

#PicitChallenge? Apa benda tu? Dengar nama pun macam geli je, apa yang kena picit, apa yang perlu dipicit? Nak picit apa sebenarnya?

Once korang nampak hashtag ni, apa yang korang terfikir? Adakah ia merupakan sesuatu yang positive ataupun negative? Sekali search dekat Twitter, mesti akan rasa menyesal sebab tak sangka ‘picit’ itu yang dimaksudkan oleh warganet kan.

Terkejut tau bila buka Twitter semalam, tiba-tiba ramai yang tengah sibuk membincangkan tentang hashtag #PicitChallenge ni. Sekali bila Ainaa cari apa sebenarnya maksud hashtag ni, terus rasa menyesal sebab tak sepatutnya hashtag sebegitu menjadi bualan dekat social media. Nasib baik la tak ada geng underage yang join sekali.

Rupa-rupanya permulaan hashtag tersebut ialah apabila ada seorang lelaki ni post gambar dia bersama dengan isteri dia. Kalau setakat gambar biasa tak ada hal la tapi disebabkan gambar tersebut ada unsur 18sx, itu yang kena kecam tu. Lelaki tersebut dengan selamba post gambar dia sedang memicit punggung isterinya ketika mereka mengambil gambar kenangan bersempena Hari Raya Aidilfitri.

Bagi kebanyakan netizen, aksi tersebut memang tak ada masalah cuma yang menjadi masalahnya ialah apabila si suami berkongsikan gambar tersebut kepada orang lain. Ia sebatutnya menjadi gambar kenangan pasangan tersebut sahaja dan tak perlu dilihat oleh orang lain pun. Lagi pula dekat social media ni ia digunakan oleh bermacam lapisan masyarakat dan usia. Buatnya ada golongan bawah umur yang tengok, mereka pun teringin nak ambil gambar bergitu.

Ada juga netizen yang menganggap perbuatan lelaki tersebut bagaikan menjatuhkan maruah isterinya sendiri dan kaum wanita yang lain. Macam yang korang tahu, punggung juga merupakan private part pada tubuh badan kita yang mana ia menjadi sensitive untuk dibincangkan di public. At the same time ia juga dianggap seperti tidak menghormati sesama sendiri.

Kemarahan netizen ni memang sepatutnya berlaku sebab ia sememangnya memalukan kita sendiri sebagai kaum wanita. Iya la, just imagine kalau ada orang post gambar korang tak senonoh macam tu, takkan nak happy pula kan? Walaupun itu bertujuan untuk hanya suka-suka tetapi ia tetap memalukan juga. Orang tengok kita punya punggung secara berhadapan pun kita dah segan, ini kan pula kalau ditatap dekat social media. Lagi la memalukan!

Nasib baik dalam kemarahan netizen tu ada juga yang menyenangkan hati bila seorang pengguna Twitter tu share video dia ‘picit’ sewaktu nak ambil gambar raya bersama dengan rakan-rakannya yang lain. Aduh, menyempat tau mereka ni buat lawak tengah orang lain ‘bergaduh’ dengan pendapat sendiri dekat social media ni. Tapi nasib baik juga la ada hiburan, at least tak ada la semua orang marah pada raya pertama ni kan. Haihh netizen ni pun kena la ada sifat sensitive sikit tentang beberapa perkara. Tak semua benda kita boleh buat lawak dan kongsikan dekat social media.

Kadang-kadang tu ada certain things perlu ‘dirahsiakan’ daripada public sebab kita sendiri ada hak untuk tunjukkan apa yang kita mahu dan tidak mahu kepada orang ramai. Seperti contoh nama penuh kita juga tak perlu dikongsikan kepada umum sebab melalui nama kita la orang jahat seperti scammer akan ketahui tentang details diri kita. Hati-hati dengan teknologi ni takut nanti memakan diri sendiri.

What do you think?

11 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Antara Sebab Korang Tidak Layak Dapat Duit Raya