in ,

Apa Perlu Buat Kalau Kawan Suka Meniru Semasa Exam?

Sumber gambar: Scmp.com

Psssttt… Wehh, soalan nombor 4 kau jawab apa? Share sikit, aku tak ingat jawapannya…

Aduhh geram betul ada kawan yang jenis asyik nak minta jawapan bila exam. Semua dah belajar dalam kelas, tinggal nak buat revision je.. Kalau dah study kenapa kena minta jawapan juga? Asyik minta jawapan dekat kita lepas itu nanti kalau kantoi dengan cikgu, confirm kita juga yang akan kena! Susah tau nak tegur kawan yang suka meniru dalam exam, takut nanti dia terasa bila kita tegur pula. Then tak nak kawan dah sebab kita tak nak bagi jawapan.

But it’s okay, korang berhak untuk tegur kawan yang suka meniru dalam exam. Takkan setiap kali exam, korang kena bagi jawapan dekat dia? Exam adalah masanya untuk kita uji minda lepas dah belajar dekat kelas. LUNARIA ada cara yang boleh korang buat bila ada kawan yang suka meniru waktu exam.

BUAT-BUAT TAK DENGAR

Related image
Sumber gambar: Vocal.media

Let say waktu exam, kawan korang asyik panggil korang sebab nak minta jawapan. Sekali dua boleh layan sikit, tapi masuk kali ketiga, keempat dan seterusnya memang kirim salam nak layan lagi. Apa yang korang perlu lakukan ialah buat-buat tak dengar je ‘seruan’ kawan korang. Boleh berlakon sikit dan buat acah-acah tengah fikirkan jawapan atau jalan kerja untuk soalan tersebut. Pakej kalau korang boleh buat muka serious sekali supaya nampak yang korang betul-betul tengah serabut kepala fikir jawapan. Nanti mesti dia pun dah give up nak panggil korang lagi, tapi dia cuba untuk panggil kawan yang lain pula.

TEGUR CARA BAIK

Related image
Sumber gambar: Globedia.com

Kawan ke tak kawan ke, tegur je tanpa perlu ada rasa serba salah dalam diri. Sampai bila pula korang nak diamkan diri bila ada kawan yang suka meniru? Korang dah penat study setiap malam untuk dapat markah tinggi waktu exam, senang-senang je kawan nak tiru jawapan. Buatnya nanti jawapan yang korang bagi salah, nanti korang akan dipersalahkan juga sebab bagi jawapan salah. Padahal salah dia sendiri kenapa meniru. Korang just tegur cara baik dengan bagitahu yang korang tak selesa dengan perbuatan dia yang suka minta jawapan. Make sure korang tegur cara baik sebab sometimes ada certain orang tetap degil dengan pendirian dia yang suka sangat nak meniru.

AJAK DIA STUDY SAMA-SAMA BEFORE EXAM

via GIPHY

Dah bertahun korang berkawan, mesti dah tahu siapa antara kawan yang suka sangat minta jawapan waktu exam. Paling-paling ada dua tiga orang sama yang akan jadi ‘pelanggan tetap’ minta jawapan. Why not korang ajak sekali mereka untuk study sama-sama before exam. Setiap kali ada exam keesokan harinya, buat revision terlebih dahulu ramai-ramai. At least dekat situ korang dah make move untuk elakkan mereka minta jawapan atau meniru. Masing-masing dah study benda yang sama, kenapa masih nak meniru lagi? Bila dah study mesti ingat je semua benda yang dibaca atau diingati. Cuba cara ini okay geng!

DUDUK JAUH DENGAN DIA WAKTU EXAM

via GIPHY

Kadang-kadang ada exam yang tak memerlukan kita duduk ikut senarai nama. Kalau macam itu, korang selamat untuk duduk jauh daripada mereka. Nampak je mereka duduk dekat tepi pintu, korang cari port meja lain yang jauh daripada mereka. Cara ini akan berkesan sebab bila korang menjauhkan diri dengan dia, confirm dah tak boleh meniru. Cuma dia tetap akan usaha untuk korang pandang tapi apa yang perlu korang buat ialah gunakan cara pertama tadi which is buat-buat tak dengar yang dia tengah panggil minta bagi jawapan. Dah duduk jauh pun takkan masih tetap nak minta jawapan juga?

Meniru dalam exam ini sah-sah salah tau! Korang dianggap tak jujur dengan diri sendiri sebab korang mengharapkan orang lain untuk bagi jawapan padahal korang sendiri dah study bertahun untuk subject itu. Please jangan meniru waktu exam, lebih lagi waktu exam besar macam PT3 atau SPM. Waktu exam ialah masa untuk korang uji apa yang korang dah belajar selama ini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kesan Buruk Tidur Lambat, Jaga-Jaga Gais!

Bisnes Sesuai Untuk Pelajar Sekolah Jadi Usahawan Muda