in ,

Apa Nak Buat Bila Jerawat Pasir Tumbuh?!

Sumber gambar: www.100percentpure.com

Euwwhhh, apa benda ni biji-biji macam pasir dekat dada ni? OMG?! Dekat belakang badan pun ada? Apa niii??!!!

Chill girls, jangan panik! Jerawat badan normal je, tapi kadang-kadang ia akan buat kita rasa rendah diri. Untuk naikkan semula confident level korang, Ainaa akan share cara untuk ‘halau’ semua jerawat tu daripada badan korang dengan cara…

SELALU BERSIHKAN DIRI

via GIPHY

Bangun je daripada tidur, terus pergi mandi. Jangan sibuk nak scroll social media atau tengok TV ya. Kalau korang selalu mandi, liang roma dekat kulit akan jadi bersih dan segar sepanjang hari. Minyak dan kotoran pun akan susah nak melekat dekat badan korang. Mesti jerawat pun takut nak tumbuh sebab kulit bersih sangat.

TUKAR SABUN

Sumber gambar: https://nova.grid.id/read/051270693/jangan-gunakan-sabun-mandi-untuk-bersihkan-wajah-ini-6-akibat-yang-ditimbulkan?page=all

Badan kita ni kadang-kadang tak semestinya sesuai dengan semua jenis sabun yang ada dekat pasaran. Maybe kulit korang agak sensitive dan sabun yang digunakan tak sesuai dengan kulit sampai buatkan jerawat tumbuh dekat badan. Pilih sabun yang ada antibiotik supaya kuman dan bakteria susah nak melekat.

SAPU ALOE VERA

via GIPHY

Ternyata banyak kebaikan pokok lidah buaya mak korang dekat luar rumah tu. Bukan setakat boleh hilangkan kesan sunburn, tapi mampu melegakan kemerahan dan kerengsaan akibat jerawat dekat badan. Jerawat akan jadi kering dan minyak yang terperangkap akan keluar daripada liang kulit. Terpulang nak guna aloe vera yang daripada pokok atau beli yang dah siap dalam bekas.

KURANGKAN MAKANAN BERGORENG

Sumber gambar: https://www.nona.my/jangan-takut-dengan-lemak-ia-juga-baik-untuk-tubuh-badan-cuma-kurangkan-pengambilannya-dengan-7-tip-ini/kurangkan-makanan-bergoreng-tepung/

Kadang-kadang kita ni suka sangat makan macam-macam sampai tak perasan makanan tu buatkan jerawat pasir bertambah dekat badan. Elakkan makan makanan berminyak sebab ia juga akan buatkan liang kulit kita tersumbat. #Lunagirls banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan okay!

See, tak semestinya jerawat pasir tu tak boleh dibuang. Asalkan korang consistent ikut tips yang Ainaa bagi ni, inshaa Allah ia akan hilang dengan jayanya.. Selamat mencuba #Lunagirls!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perkara Tak Boleh Share Dengan Public!

Selamat Ke Beli Phone Dekat Black Market?