in ,

Apa Nak Buat Bila Hubungan Dengan BFF Dah Renggang?

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Haihh lamanya rasa tak contact dengan Syika. Apa la khabar dia agak-agaknya kan? Dulu selalu je video call, text semua tapi sekarang…

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Siapa je yang tak sedih kalau BFF menghilangkan diri atau status ‘BFF’ tu sendiri dah bertukar jadi strangers? Tak dinafikan kalau bergaduh dengan kawan ni lagi sakit rasanya berbanding bergaduh dengan kekasih hati. Korang setuju tak dengan benda tu? Hakikatnya memang macam tu pun sebab kita dah biasa buat itu ini dengan BFF tu, tiba-tiba one day hubungan dah renggang pula.

Mesti rindu nak spend time together macam dulu kan? Maybe disebabkan salah faham hubungan korang jadi renggang semula. But no worries la sebab Ainaa akan share dengan korang cara untuk rapatkan balik hubungan dengan BFF kita. Jom cuba dulu!

CONTACT DIA SEMULA

via GIPHY

Ego buang tepi, malu pun buang jauh-jauh. Lebih baik buang rasa malu dan ego daripada kehilangan kawan baik kita kan? First of all, korang cuba untuk contact dia semula. Kalau awkward nak call, text je dulu. Tanya khabar dia, tanya dia tengah buat apa, sihat atau tidak. Cuba untuk buka topik random untuk berbual. At least hilangkan sikit rasa awkward tu. Jangan terus tanya dekat dia apa punca hubungan korang jadi renggang. No! Perkara paling utama ialah korang kena tahu tentang keadaan diri kawan tersebut terlebih dahulu.

CUBA UNTUK BUKA TOPIK

via GIPHY

via GIPHY

Bila dah berbual sikit tu, korang cuba la cari ruang dan peluang untuk selitkan sedikit pertanyaan dekat dia tentang friendship korang. Mungkin ada salah faham yang korang sendiri tak perasan dan itu merupakan punca utama mengapa hubungan persahabatan korang menjadi renggang. Kalau dia bersedia untuk bercerita tentang hal sebenar, korang kena get ready untuk terima apa yang bakal dikatakan olehnya. Boleh jadi puncanya datang daripada diri korang sendiri so sebab tu la kena ready je apa yang bakal dia katakan.

THROWBACK SAAT MANIS BERSAMA

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Once korang dah selesa untuk berbual semula dengan dia, cuba la throwback sikit kenangan manis korang selama berkawan. Ceritakan semula kerja jahat yang pernah korang berdua lakukan. Benda macam tu boleh buatkan kedua-duanya ketawa dan korang pun akan rasa lebih selesa macam dulu. Lagi kuat ketawa kawan korang tu, lagi bagus petandanya bahawa masih ada lagi masa depan untuk friendship korang berdua. Cuba dulu post gambar korang berdua dekat Instastory dan tengok apa respond dia tentang perkara tersebut. Let say kalau dia seen sahaja DM korang tu, kena la cuba lagi. Tapi kalau dia dah repost semula, ha apa maksudnya? Mesti la maksudnya korang dah boleh mulakan conversation dekat DM berdasarkan gambar atau video yang korang share tu.

MINTA MAAF DAN AJAK JUMPA

via GIPHY

Tak kisah la salah kita atau bukan, perkataan maaf itu perlu keluar daripada mulut korang. Perkataan maaf membawa maksud yang bermakna sekali. Lagi-lagi kalau kita buat salah dan kita memohon maaf, mesti orang yang dengar tu akan rasa happy je sebab at least kita mengaku salah dan silap yang telah dilakukan. Asalkan korang rasa menyesal dan berjanji untuk tak ulang semula kesilapan tu. Jangan pula dah minta maaf then buat salah lagi, itu maksudnya mencari nahas. Bonus point kalau rumah BFF korang tu dalam satu kawasan yang sama, boleh terus kayuh basikal pergi rumah dia je. Tapi kalau jauh tu, gunakan la teknologi yang ada contohnya video call yang paling mudah.

Ingat, hubungan persahabatan ni merupakan satu hubungan yang baik tau. Lagi-lagi kalau bila berkawan tu korang masing-masing saling mengingati tentang Dia, mesti lagi diberkati! Jangan gaduh lama-lama okay!

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Diss Words K-Pop Fans Dah Lali Dengar Dan Malas Layan

Port Makan Dan Lepak Terbaik Untuk Raikan Hari BFF Sedunia