in ,

Apa Maksud Disebalik Warna Emoji Love?

Sumber gambar: Lunaria

Ehh harini Aaron bagi aku emoji love warna kuning. Semalam dia kasi warna hijau… Kenapa lain lain pula warna love dia bagi?

Ha, korang pernah tertanya-tanya tak kenapa ada banyak warna dekat emoji love? Ada warna merah, kuning, hijau, purple dan banyak lagi. FYI, setiap warna itu ada maksudnya yang tersendiri. Sama juga macam warna bunga rose, ada sebab kenapa banyak warna dijual dekat kedai. Sekarang kita tolak soal bunga dan kita rungkai soal maksud sebalik warna emoji love yang ada dekat dalam phone kita.

WARNA HIJAU

Kita boleh anggap love hijau ini bermaksud pendamaian. Let say korang bergaduh dengan seseorang dan bila semuanya dah settle, bagi je love warna hijau sebab ia menandakan korang dah tak nak bergaduh. At the same time ia juga bermaksud gaya hidup yang bersahaja dan simple. But, be careful kalau boyfriend korang bagi emoji hijau sebab mungkin dia tengah jealous. So depends pada cara seseorang yang menghantar mesej. Kalau tengah bergaduh dengan kawan tapi dia bagi emoji hijau faham-faham sajalah yang dia dah malas nak bergaduh.

WARNA KUNING

True friendship bermula dengan warna kuning. Kuning bermaksud kegembiraan dan juga persahabatan seseorang dengan individu yang lain. Biasanya memang kuning ini bermaksud friendship. So kalau crush bagi emoji love kuning, korang kena tahu yang si dia memang tak nak ada apa-apa relationship melainkan sebagai seorang kawan saja. Tabah okay girls, crush bukan satu. Kita cari crush lain yang boleh bagi kita love merah okay.

WARNA HITAM

Hitam simbolik dengan kegelapan atau kesedihan. Tengok ada certain orang kalau bergaduh dengan partner, mesti buang gambar Whatsapp atau letak gambar warna hitam sebagai tanda dia tengah sedih. At the same time ia juga melambangkan hati yang sedang bersedih dan tidak mahu mengalah. Bahaya juga kalau asyik dapat emoji love hitam daripada crush. Boleh jadi dia berkenalan dengan korang sebab nak hilangkan rasa kesedihan dalam diri dia. Again, bertabah ya girls. Jangan terlampau mengharapkan seseorang.

WARNA MERAH

Aku mula jatuh hati ke padamu, di saat kau kata cinta padaku…

Ewahhh bukan main nak bercintan cintun ya. Habiskan sekolah dulu baru boleh bercinta cinta. Apa? Crush bagi emoji love warna merah?! Tahniah anda kini sudah berjaya memikat hatinya, hehe! Merah memang simbolik dengan warna kebahagiaan, cinta dan perasaan yang membahagiakan. Tapi tak semestinya ia bermaksud cinta semata-mata. Boleh je jadi maksud yang korang sokong apa yang dikatakan oleh seseorang itu. Jangan sampai salah guna pula emoji ini, jangan sampai terbagi harapan dekat orang lain.

WARNA OREN

Sorry Adriana, we just friend je okay. I tak boleh nak ada apa-apa perasaan dekat you walaupun I selesa dengan you 🧡 *insert love oren*

Dangggg!! Welcome to friendzone! Ya benar anda baru sahaja menerima pesanan ringkas berkenaan friendzone, hehe! Korang dah boleh buang perasaan suka dekat crush tu kalau dia kasi love oren. Memang dia sayang korang tapi hanyalah sebagai sahabat dan tak lebih daripada itu. Korang pun boleh je bagi emoji ni dekat lelaki yang korang selesa berkawan walaupun sebenarnya dia ada simpan perasaan dekat korang. At least korang sendiri dah bagi hint yang korang hanya berkawan.

Fuhhh, korang ada yang rasa kecewa tak lepas baca artikel ini? Kalau ada, mohon bersabar okay. Lagi pun maksud ini semua bukannya 100% betul. Boleh jadi ia hanya rekaan semata-mata sebagai hiburan. Jangan lupa ada yang percaya 100% ya!

What do you think?

18 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Paling Onz Nak Stalk Crush

Movie Trolls World Tour Ada Red Velvet Versi Trolls!