in ,

Apa Kena Mengena Tidur Rambut Basah Dengan Selsema?

Sumber gambar: https://lifeslittlehighs.weebly.com/blog/wet-to-dry-haircare-routine-hair

Alaaa, malasnya nak tunggu rambut ni kering. Aahh, lantak la! Tidur je la terus nanti bangun esok pagi mesti kering punya…

Eh no no no #Lunagirls! Jangan pernah cuba tidur dengan rambut basah ya girls. Tak baik untuk kesihatan tau kalau korang tidur tanpa keringkan rambut tu dulu. Meh Ainaa share dengan korang, effect pada kesihatan diri korang kalau tidur dengan rambut yang basah… Jeng jeng jeng..

RAMBUT ROSAK

Image result for rambut rosak
Sumber gambar: https://bukanaku.com/kecantikan/9934/punca-dan-cara-mengatasi-masalah-rambut-kering/

Penat je setiap bulan pergi saloon letak ubat itu ini bagi rambut sihat, sekali dekat rumah korang tidur dengan keadaan rambut basah. Rosak la rambut tu nanti girls.. Pori-pori rambut dan kulit kepala akan jadi lembab dan buatkan rambut cepat rapuh. Lama-lama nanti rambut akan jadi cepat rosak dan alami keguguran tau.. Selamat tinggal rambut~

SELSEMA

via GIPHY

Bila nak tidur mesti la kena dalam keadaan yang baik. Ni tak pasal-pasal selsema pula masa tengah tidur, jadi tak selesa la. Dah la bilik tu sejuk, tambah pula dengan keadaan rambut yang basah, bertambah sejuk la jadinya nanti. Pada masa yang sama, tidur dengan rambut yang basah akan menyebabkan sistem pembuluh darah pada hidung korang jadi sempit dan ia mempengaruhi darah putih yang mana jadi lambat untuk lawan infection dalam badan.

INFECTION PADA KULIT KEPALA

Image result for kelemumur
Sumber gambar: https://bukanaku.com/kecantikan/9934/punca-dan-cara-mengatasi-masalah-rambut-kering/#.XTAkJugzbIU

Dah la sebulan sekali je ganti sarung bantal, sarung tilam dengan selimut, confirm la banyak kuman yang ada dekat situ. Tambah pula dengan keadaan rambut yang masih basah tu, bacteria lagi senang nak melekat. Kalau dibiarkan, nanti kulit kepala korang akan dijangkiti dengan bacteria dan kelemumur yang banyak.

SAKIT KEPALA

via GIPHY

Plan nak tidur, tapi sakit kepala yang datang menyerang dulu. Kalau dibiarkan basah lama-lama, suhu kepala korang akan jadi sejuk dan ia seakan-akan ‘bergaduh’ dengan suhu badan yang panas. Lagi-lagi kalau korang tidur dengan rambut yang berbungkus dengan tuala, lagi sakit jadinya girls. Peredaran darah pada kulit kepala pun akan terganggu dan darah jadi tak lancar dan akan buatkan korang rasa sakit kepala.

Lepas ni nak malas lagi ke keringkan rambut tu? Jangan malas-malas kalau nak rambut yang cantik dan sihat tau #Lunagirls.. Paling penting, ganti tuala korang dua minggu sekali okay?

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tak Minta Upah, Pelajar Ini Semangat Bantu Makcik Kantin

Jom Belajar Perfect Selfie Dengan Bae Suzy🤳