in ,

Apa Kena Buat Selepas Dapat Result SPM?

Result SPM dah keluar, tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2019! Apa pun result korang, jangan pernah rasa down atau menyesal dengan apa yang dah terjadi. SPM bukanlah segalanya, banyak lagi perkara yang akan korang hadapi selepas ini.

Lepas dah dapat result SPM, banyak benda yang korang kena buat. Dah tak boleh melepak dekat rumah.. Kena mula fikirkan plan akan datang, apa nak buat seterusnya. So today LUNARIA akan share beberapa perkara dengan korang berkaitan apa yang perlu dilakukan selepas dah dapat result SPM. Maybe ada antara korang yang masih tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan selepas ini? Let’s check it out.

TENTUKAN TEMPAT BELAJAR

Image result for uthm
Sumber gambar: Uthm.edu.my

Bila dapat result, ramai akan tanya apa plan korang selepas ini. Antara perkara penting yang perlu korang lakukan ialah tentukan tempat belajar. Before this mesti korang dah ada mana-mana universiti atau kolej yang korang dah aim, jadi inilah masanya yang mana korang dah boleh tahu kelayakan korang. Ada yang plan untuk sambung belajar dalam jurusan yang korang impikan since dulu? Make sure universiti atau kolej yang korang nak apply masuk itu betu-betul pilihan yang sesuai. Bukan apa, kita perlu buat apa yang disukai supaya kita akan lakukannya dengan lebih ikhlas.

ISI BORANG TINGKATAN 6

Image result for borang tingkatan 6
Sumber gambar: Mysumber

Ada orang dah plan untuk masuk form 6 dan tak nak ambil Diploma dulu sebab nak terus ‘lompat’ ke Degree. Cuma leceh sikit form 6 bila korang akan ke sekolah semula selama lagi dua tahun. Kalau dulu format form 6 sama macam form yang lain which is kena pakai baju uniform. Tapi kalau tak silap sekarang dah boleh pakai baju kurung. Actually form 6 ialah sebagai persediaan untuk kita masuk ke alam universiti. Apa yang membezakan ialah untuk dapatkan sijil Diploma, korang kena menghabiskan masa selama tiga tahun, tapi kalau form 6 dua tahun sahaja. Terpulang pada korang untuk ambil aliran apa waktu di form 6. Before that, bincang dulu dengan parents atau jumpa dengan cikgu yang korang rapat. So that mereka boleh bagi nasihat yang berkenaan untuk korang.

UPDATE BORANG UPU

Image result for borang upu
Sumber gambar: Mysumber

Borang UPU ialah borang yang paling penting sekali sekarang ini. Lepas dapat je result hari ini, korang kena terus update secepat yang mungkin. So that tidaklah website UPU stuck bila korang tengah nak update result. Make sure buat pilihan yang tepat waktu nak update dan pilih course yang memang korang boleh bawa waktu belajar nanti serta bersesuaian dengan result SPM. Kalau tak tahu nak pilih kolej atau universiti yang mana, korang boleh tanya pada kakak atau abang. Mereka mesti lagi tahu sebab sebelum ini pun mereka dah lalui zaman isi borang UPU terlebih dahulu sebelum korang. Lagi best kalau dapat isi borang UPU dengan BFF! Mana tahu ada rezeki korang boleh sambung belajar dekat tempat yang sama. Baru #BFFGoals sampai ke menara gading!

JOIN EXPO SAMBUNG BELAJAR

Image result for jom masuk ipt 2020
Sumber gambar: UUM

Since dah masuk musim belajar, ada banyak expo sambung belajar diadakan di serata tempat. Make sure korang pergi je semua expo yang diadakan supaya tak terlepas dengan mana-mana expo yang diadakan. Mesti banyak pilihan universiti atau kolej yang boleh korang tengok dekat expo situ. Isi sahaja apa-apa borang yang ada dekat expo. At least korang akan dapat information tentang course yang ditawarkan. Tapi jangan pula korang main isi je semua benda, baca terlebih dahulu information tentang course dan universiti atau kolej tersebut.

Tak kisah dekat mana pun korang belajar. Universiti ataupun kolej, asalkan korang pandai bawa diri dan tak cepat putus asa dengan apa yang korang lakukan. Jangan cepat mengalah okay!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Buat Mata Nampak ‘Hidup’ Dan Bersinar

Siapa Kata Belajar Sendiri Tak Boleh Straight A’s? Idris Fadli Ada Bukti!