in ,

Apa Kegunaan Body Mist Untuk Badan?

Sumber Gambar: journal.sociolla.com

Kita sebagai perempuan akan suka sangat bau yang wangi dan menyenangkan sebab kalau semuanya dah cantik tiba-tiba badan ada bau yang kurang menyenangkan pun orang tak selesa betul tak? Jadi kita perlu tahu yang sebenarnya penggunaan body mist ini sangatlah penting dan wajib menjadi sebahagian dari rutin harian untuk diri kita. Untuk pengetahuan awak juga, body mist dan perfume adalah sesuatu yang berbeza sebab body mist baunya lebih ringan dan perfume baunya lebih kuat dan tahan lebih lama. Zoe akan kongsi dengan #Lunagirls kenapa pentingnya pakai body mist

SEGAR

via GIPHY

Waktu yang terbaik untuk korang gunakan body mist adalah selepas mandi sebab waktu itu pori kulit badan kita masih terbuka dan kalau kita spray body mist pada badan selepas mandi, badan akan lebih segar. Selain itu, ketahanan bau body mist pada badan korang akan lebih lama. Lebih lagi kalau korang sembur dibahagian yang warm seperti leher, lower jaw, bahu pergelangan tangan, lengan dan dada.

WANGI

Of course wangi! Walaupun bau body mist sangat ringan kalau nak dibanding dengan perfume tetapi korang boleh saja guna body mist sahaja tanpa guna perfume. Ini sebab ada yang kata, kalau nak tahan lebih lama guna losyen, body mist dan perfume. Itu terpulang pada awak semua, kalau nak guna semua step by step boleh, nak guna body mist saja pun boleh. Kalau Zoe, guna body mist sahaja sebab itu pun dah kira kuat baunya.

MOOD

Ya, kalau korang rajin gunakan body mist percaya atau tidak, ia akan enhance mood korang. Siapa saja yang tidak suka bau wangi dan segar? Jadi bila mood berada dalam keadaan baik ia akan membantu korang untuk buat apa sahaja kerja tanpa tekanan. Lebih kurang seperti satu terapi untuk diri sendiri lah selain bau herba dan bunga-bungaan. 

YAKIN

via GIPHY

Tahap keyakinan diri korang pun semakin bertambah tau kalau korang wangi dan segar! Sebab korang akan semakin berani nak berjumpa dengan orang ramai. Ehem! Mana tahu lepas ini boleh juga nak kenyit mata dekat crush. Mana tahu dia suka orang yang wangi dan fresh

#Lunagirls bolehlah lepas ini borong body mist banyak-banyak sebab dia ada banyak jenis bau. Kalau korang suka yang bau lembut, boleh cari yang ala-ala candy. Suka yang agak kuat boleh cari bau wood and cedar. Jika suka yang bau feminin boleh cari bau ala-ala flower and vanilla, terpulang ikut citarasa dan kegemaran awak diri sendiri.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips & Tricks Tiru Gaya Fesyen Jimin BTS!

Nak Pakai Warna Putih Tapi Takut Kotor? Ini Tips Untuk Korang…