in ,

Apa Beza TikTok Dulu Dengan Sekarang?

Sumber gambar: Tiktok Lunaria/Andibernadee

Aaaaaa sekejam itu kau fitnahkannn nenenenenenene… Bagaikan langit, di sore hari, berwarna biru sebiru hariku

Waahhh, bukan main ya sis menyanyi lagu TikTok pula ya. Sampai sambil boleh nyanyi tu boleh menari ikut step sekali ya. Banyak sangat masa waktu cuti ni, sampai boleh hafal banyak step lagu TikTok ya. Boleh la kita geng sekali sebab Ainaa pun dah hafal banyak step tarian TikTok, hehe!

Tapi korang perasan tak ada banyak bezanya antara TikTok waktu dulu dengan waktu sekarang. Iya la, sebelum ni ramai orang bash mengatakan TikTok ni apps rempit yang mana kebanyakannya video bergelek-gelek tunjuk apa yang tak patut. Sebab tu la kenapa ramai menyifatkan TikTok ni apps yang seakan-akan tak senonoh.

Itu dulu, tapi cuba kita tengok sekarang pula. Banyak perubahan yang berlaku ke atas applikasi TikTok ni. Lagi pula waktu bermulanya musim PKP, ramai orang dah mula main TikTok. Bukan setakat kita sahaja, selebriti satu dunia pun ada juga yang menggunakan applikasi TikTok ini sebagai platform untuk mereka berhibur atau mendekatkan diri dengan peminat. Macam contoh Andi Bernadee, tengok sahaja la profile TikTok dia, ada sahaja video lawak setiap hari. Daripada video bosan duduk di rumah sehingga la video dia berlakon.

@andibernadee2020Tetiba pula dada sakit , hmmm♬ original sound – andi bernadee

Untuk pengetahuan korang, TikTok merupakan milik sebuah syarikat bernama ByteDance yang mana berpangkalan di Beijing, China dan diasaskan pada tahun 2012 oleh Zhang Yiming. Pada mulanya ia digunakan untuk membuat video tarian pendek, lip-sync, komedi dan video tunjuk bakat. Namun tetapi sekitar tahun 2017, baru la applikasi ini dilancarkan untuk pengguna di luar China. Waktu tu tak ramai lagi pengguna di Malaysia menggunakan applikasi ini kerana ketika itu ada banyak lagi applikasi muzik yang lain seperti Dubsmash, Keek dan banyak lagi.

Sekarang ni, orang bukan sahaja kongsikan video menari, tetapi ada juga yang menggunakan TikTok ini untuk menunjukkan bakat dalam memasak, lakonan, editing, skill terbaru dan sekadar hiburan untuk mereka dan pengikut. Macam yang korang tengok sekarang ni, ada juga pengguna menggunakan applikasi TikTok untuk promote business, tunjuk bakat dalam lakonan atau skill editing mereka.

@ashfoodhunterYO IT’S SPICY BUTTERMILK SPAGHETTI !!! πŸ”₯πŸ”₯🌢️🌢️ ##foodie ##malaysia ##food ##stayathome ##cookathome ##kesanakesini♬ original sound – rubyreevesofficial

Sebenarnya kalau nak cakap tentang video gelek, itu kira nasib kita sebagai pengguna. Kalau diikutkan, dalam sehari Ainaa scroll applikasi TikTok, boleh kira la berapa banyak je video gelek yang lalu dekat explore. Biasanya hanya sekadar menari biasa, bukan macam menari gelek sebelum ni. Mungkin merkea yang selalu menari gelek tu dah insaf nak buat video macam tu kot? Bukan hanya video gelek, video cringe pun ada juga. Tapi kebanyakannya dibuat oleh pengguna dari negara seberang iaitu Indonesia.

Walaupun agak cringe, tapi boleh tahan lawak juga la. Sampaikan kita sendiri confuse, kagum, tertanya-tanya atau rasa nak marah bila tengok video yang mereka hasilkan. Bila tengah moody tu, boleh la cari video cringe tu, mana tahu boleh buatkan korang tergelak dan lupakan rasa sakit hati je. Tapi kalau korang jenis susah nak terima lawak cringe, better jangan tengok la sebab takut nanti bertambah geram dan sakit hati, haha!

Cuma dekat sini kita boleh nampak bahawa applikasi TikTok ni sebenarnya berguna untuk kita, lagi-lagi kalau nak share short video memasak atau apa sahaja. Ada certain pengguna buat video untuk promote produk jualan mereka. Sekarang ni pula tengah musim nak Hari Raya, lagi la bertambah aktif mereka buat promosi. Ada yang kreatif, mereka buat video tukar-tukar baju hasil jualan mereka. Dekat situ sahaja boleh menarik minat orang yang menonton.

Sebab tu la kita kena bijak menggunakan teknologi yang ada. Bila dah ada teknologi dihujung jari, kena la pandai gunakan dengan sebaiknya ya.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Resepi Juadah Berbuka Paling Mudah, Dah Tak Perlu Beli!

Mix & Match Tema Baju Raya Paling On Tahun 2020!