in ,

Apa BBNU Buat Sepanjang Kuarantin Di Rumah?

Sumber gambar: Instagram @ismailizzani / Instagram @wanyhasrita

Woww, ramai betul yang habiskan masa dengan aktiviti yang berguna sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ni ya. Artis pun ramai yang buat amal kebajikan.

Walaupun kita dapat ‘cuti’, tapi tak bermaksud kita boleh melepek je dekat rumah kan? Banyak benda yang kita boleh buat. Korang pun boleh refer semula article Ainaa dan Zoe yang sebelum ni tentang aktiviti yang boleh dilakukan sempena RMO ni. Selain tu, selebriti pun ramai je yang manfaatkan ‘cuti’ ni. Ramai artis BBNU yang ambil kesempatan untuk spread awareness tentang Covid-19 ni. Jom kita tengok sikit apa la agaknya aktiviti artis BBNU kita buat sekarang ni ya.

ANDI BERNADEE

Sumber gambar: Instagram @Andibernadee

Haa, nampaknya Bebi korang tu tengah seronok main PUBG. Dia siap promote lagi ID dia dekat Instastory tu. Korang mana-mana yang memang main game PUBG, boleh la add Andi sekali. Boleh la ajak dia battle ramai-ramai. At least terisi la sikit masa lapang, mana tahu korang dah bosan main PUBG dengan member yang noob, boleh la try main dengan Andi. Entah-entah dia pro main PUBG tak? Haha! Haihh, jangan sampai Ainaa install PUBG sebab nak perang dengan Andi ya, jangan sampai. Ainaa dah seronok main game dekat Plato dan Houseparty ni. Tapi agak kalau bosan bosan, boleh kot install PUBG juga, mana tahu dapat perang dengan Bebi Andi, eh?

SARAH SUHAIRI

Kalau korang memang kenal Sarah Suhairi ni, mesti korang tahu yang dia pandai ride kuda. At the same time Sarah juga pernah cedera disebabkan terjatuh waktu tengah tunggang kuda. Since musim kuarantin ni, nampaknya Sarah dah mula merindui aktiviti yang dia selalu buat dulu. Tengok je la twit Sarah, betapa dia mengharapkan dekat belakang rumah dia ada indoor arena untuk dia bermain dengan kuda dan pony! Adui, comelnya Sarah ni. Bukan tu je, kalau korang tengok twit Sarah yang lain, nampaknya dia dah bosan duduk dekat rumah sepanjang RMO ni. Tapi jangan salah faham pula, Sarah juga ada update tentang NGO yang kita boleh salurkan bantuan. So kalau korang nak bantu apa-apa, boleh checkout posting terbaru Sarah berkaitan bantuan okay!

ISMAIL IZZANI

View this post on Instagram

– Happy Birthday @shalmaeliana 27.03.2020 ❀️

A post shared by T W E N T Y (@ismailizzani_) on

Corona tu corona juga tapi itu tak bermaksud Ismail Izzani tak boleh nak release lagu baru dia yang berjudul Nyawa! Ya, korang dah boleh dengar lagu baru Ismail dekat semua platform muzik. So sekarang Mael tengah sibuk promote single terbarunya tu. Hmm, kalau ikutkan posting Mael dekat IG, nampak macam dia tujukan lagu Nyawa tu buat girlfriend dia! Alamakkk, sweet sangat ni! Eh, bukan tu je tau, dia juga sempat share dengan followers dia rutin workout yang dilakukannya tau. Siap buat shoulder lagi ya ini anak, hehe! Ehemm, siapa cakap musim Covid-19 ni tak boleh nak celebrate birthday girlfriend? Mael siap dapat IG Live lagi dengan Shalma Eliana, kekasih hati dia tu. Amboi sweetnya! Sempat pula tu dia beli kek dengan lilin ya, eeeii sweetnya! Mana boyfriend ni, nak juga celebrate online! Hehe

WANY HASRITA

Wowww, kini Wany Hasrita bukan lagi #TikTokVirgin bila dia juga dah buat account TikTok! Welcome to the club Kany! BTW Kany tu ialah nama manja Wany tau, hehe! Tapi walaupun dah buat account TikTok, Wany masih lagi behave post video menari sikit-sikit je. Dia tak ada pun buat video gelek gelek atau merepek. Bagus la awak ni, patut ramai fans sayang! Ehh, dengarnya Wany pun ada release lagu baru berjudul Canggung ya? Tahniah Wany! Siapa cakap musim Covid-19 ni mereka tak boleh nak release lagu baru? Tu buktinya dah dua orang release lagu dan rasanya ada je penyanyi lain yang release lagu baru juga. Ini la masa yang sesuai sebab semua orang bosan dekat rumah so mesti akan ramai yang dengar lagu baru ni kan!

Apa yang pasti mesti mereka ni semua rindu nak perform depan fans kan. Tapi rasanya mereka boleh la jadikan masa ‘cuti’ ni untuk berejat sekejap. Iya la, before this asyik sibuk perform sana sini so ini la peluang untuk berehat sekejap since mereka masih lagi muda. Apa pun keep support mereka okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Filter Instagram Khas Untuk Peminat K-Pop!

5 K-Pop Idol Pernah Ada Misai Bak Lelaki Macho