in ,

APA?! Barbie Dan Ken, Adik-Beradik?!

Sumber gambar: http://kristinahorner.com/barbie-ken-costume-tutorial/

Barbie ni merupakan permainan paling popular tak kira la untuk kids mahupun orang dewasa. Siapa je yang tak minat Barbie ni, dah la cantik, ada prince charming, Ummi pun minat, hihi.  Tapi disebalik kecantikan dan cerita fantasi Barbie ni, ada sisi gelap yang mungkin korang tak tahu.

PENCIPTA BARBIE

Sumber gambar: https://www.nytimes.com/2011/07/23/business/elliot-handler-co-founder-of-mattel-toys-dies-at-95.html

Kalau korang nak tahu pencipta Barbie ni Ruth Handler. Dia mendapat inspirasi nak buat patung Barbie ni lepas tengok anaknya bermain dengan patung, dari situ dia mencipta patung versi dewasa bersama Jack Ryan. Sebelum melibatkan diri dengan perniagaan, Ryan ni seorang jurutera peluru pepandu di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon). Hebat kan, dari seorang jurutera ke perniagaan!

KARAKTER ASAL

Sumber Gambar: https://www.messynessychic.com

Barbie ni diinspirasikan dari sebuah patung yang bernama Bild Lili, yang dijadikan komik pada era 50-an di German. Namun, patung ni dah di salah guna sampai jadi salah satu simbol seks di zaman tu. Beberapa tahun lepas tu, pengasasnya Ruth dan suaminya Elliot bersama Jack ni telah membeli dan mendapatkan hak cipta Bild Lili sepenuhnya. Dan tercipta la Barbie ni. #Yeay. Kalau tak mesti tak ada Barbie kan sekarang.

BERBILION PAKAIAN

via GIPHY

Setelah itu, sisi gelap Patung Bild Lili berubah menjadi Barbie dan start komersial tahun 1959, pakaiannya pula ada berbilion tau! Sebab tu ia di label sebagai ikon fesyen walaupun dia ni patung je, haha.. No wonder la patung Barbie yang jual kat shopping mall ada bermacam pakaian, cantik pula tu. Memang onz habis!

IKON WANITA BERJAYA

via GIPHY

Barbie ni ikon pada kanak-kanak, jadi pengasas dan penciptanya telah style kan Barbie dengan memakai pakaian beruniform. Harapan diorang nak memberi inspirasi pada kanak-kanak seluruh dunia dengan tagline “You can be everything”. Koleksi pakaian beruniform Barbie dah ada lebih 200 tau. Dari seorang polis, tentera, angkasawan dan bermacam lagi la. Siapa kat sini ada collection baju ni? Share lah dengan Ummi dan team LUNARIA.

BARBIE DAN KEN ADIK BERADIK?

via GIPHY

Serious la?” Eh! Tak girls, dalam movie Barbie, diorang ni lover. Tapi in real life Barbie dan Ken adalah adik beradik sebab nama diorang diambil sempena nama anak pengasas Barbie iaitu Barbara dan Kenneth. Korang mesti tak sangka kan, buat suspen je, haha..

Dah berdekad Barbie ni dicipta, tapi sampai sekarang Barbie masih lagi famous. Baru-baru ni Barbie baru je sambut birthday yang ke 60 tahun, haa nampak tak yang Barbie ni dah lama, since zaman mak-mak korang dulu. Cuba tanya mak korang, dulu ada tak main patung Barbie, entah- entah diorang ni collector? Hehe..

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lucu! Netizen Terhibur Gelagat Seorang Bapa Pakai Tudung

Girls Pun Boleh Mimpi Basah??