in ,

Antara Trick Google Yang Mungkin Tak Ramai Tahu!

Sumber gambar: Lunaria

Kalau nak cari apa sahaja informasi atau maklumat, sudah pasti kita akan klik Google sebab di situ memang banyak sangat maklumat yang kita boleh dapat. Tak kisahlah tentang hiburan ke, undang-undang, sains, matematik dan apa pun yang korang taip dan terfikir mesti akan ada dalam Google, betul tak? Tapi pernah tak korang cuba explore Google untuk sesuatu yang menarik? Kalau tak pernah jom kita cuba beberapa tricks yang ada di Google.

FUN SIZE OF SPACE

Sumber gambar: neal of fun

Ini memang sesuai untuk korang yang masih belajar sebab kalau korang cuba cari Neal Fun Size of Space dan klik paling atas tetapi bukan Wikipedia itu tau! Hehe, korang boleh belajar tentang apa sahaja tentang bumi dan alam semesta kita ini. Korang boleh tahu dari segi rupa bentuk, berapa besar saiznya dan banyak lagi.

TIC TAC TOE

Sumber gambar: tic tac toe

Biasanya, kita akan main tic tac toe bersama dengan kawan-kawan kita betul tak? Dan kalau nak install game tic tac toe pun macam tak worth it..Β Jadi, korang bolehlah main tic tac toe dengan Encik Robot di Google. Korang taip sahaja nanti dah boleh terus main dan korang boleh pilih level mana yang korang power untuk beatΒ Google.

GOOGLE IN SPACE

Sumber gambar: Google space

Korang taip ‘Google in Space’, nanti korang akan nampak tulisan Google itu bergerak sendiri. Apa yang paling best adalah korang siap boleh arah dan atur kemana setiap tulisan itu nak pergi. Memang fun habis! Korang nak susun bersepah ke, nak susun kelompok-kelompok ke ikut suka hati korang pun boleh.

WIZARD OF OZ

Sumber gambar: Wizard Of Oz

Ini antara yang paling best dalam Google trick, kalau korang cuba taip Wizard of Oz dia akan keluar satu emoji kasut. Apabila korang klik pada kasut, confirm laman Google korang akan ada puting beliung. Memang nampak huru-hara! Bukan setakat itu sahaja, dia siap ada bunyi tau!

Sebenarnya bukan ada ini sahaja.. Kalau korang cuba cari tricks Google yang lain pun korang akan jumpa lebih banyak lagi yang menarik selain yang kami kongsi dengan korang. Jadi, kalau korang bosan-bosan nanti atau ada terfikir benda apa lagi perlu korang explore, korang Google saja! Selamat mencuba!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebab Coronavirus, Banyak Syarikat Terjejas

Tips Sambut Birthday Orang Tersayang Dengan Bajet Kecil!