in ,

Antara To Do List Best Untuk Bulan Ramadan

Sumber gambar: glints.com

Yeay! Tak sabarnya nak puasa kan! Tinggal lagi berapa hari sahaja nak puasa dan korang dah ada ke rancangan nak buat apa saja waktu puasa nanti? Iya lah, waktu puasa itu walaupun letih tapi seronok juga kalau nak spend masa dengan buat pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Bukan setakat itu sahaja, kalau korang buat segala kebaikan korang akan dapat pahala dan kalau tinggalkan segala keburukan sudah pasti diri korang akan jadi lebih baik. Jadi, kami nak share beberapa to do list yang paling best untuk korang buat semasa bulan puasa nanti!

MENGAJI

via GIPHY

Waktu bulan puasa adalah waktu yang paling sesuai untuk korang mengaji dan isi masa untuk buat khatam al-quran. Korang boleh lah buat aktiviti mengaji ini bersama keluarga korang. Lebih lagi, sewaktu tengah kuarantin ini memang tak ada buat apa kan? Jadi, sebaiknya korang cuba lah isi masa dengan mengaji.Β 

MASAK KUIH RAYA

via GIPHY

Selain dari itu, korang juga boleh lah cuba memasak kuih raya dengan mak dan kakak korang. Korang boleh try and error, atau mungkin cuba resepi baru kuih raya. Mana tahu, nanti kalau tempoh kuarantin habis sebelum raya. Waktu raya boleh lah korang beri para tetamu rasa resepi baru kuih raya korang! Mana tahu lama-lama nanti viral!

SEDEKAH

via GIPHY

Antara yang paling seronok dan best untuk korang buat adalah sedekah. Di luar sana, memang ramai juga tau orang yang memerlukan. Jadi, memang sesuai sangat pada waktu ini korang bersedekah dengan apa yang korang mampu. Ada orang, mereka mampu belikan makanan sahaja, ada yang mampu beri duit sahaja dan ada juga yang siap mampu beri baju raya lagi. Jadi, jangan pernah rasa rendah diri untuk bersedekah okay! Besar pahala tau!

AMALAN SUNAT

via GIPHY

Seterusnya, korang boleh lah buat banyak sangat amalan sunat seperti solat tarawih berjemaah tapi kalau kuarantin belum habis sebenarnya korang boleh juga solat tarawih sendiri atau bersama keluarga sahaja. Sambil itu, korang boleh lah cuba untuk berdoa tengah malam supaya korang cemerlang dunia akhirat ke dan banyak lagi sebab waktu ramadan ini memang berganda kebaikan korang akan dapat tau. Jadi, jangan segan silu untuk buat banyak kebaikan sebab itu pun salah satu amalan sunat.

Memang best sangat kan bila bulan puasa tiba sebab untuk masyarakat di negara kita bukan hanya yang beragama Islam sahaja yang excited untuk ramadan, malah yang kawan-kawan yang beragama lain pun excited sebab mereka ada yang nak cuba puasa, ada yang nak makan makanan best waktu berbuka dan banyak lagi tau! Lagi satu, sebab ramai yang tahu bulan puasa ini adalah bulan paling seronok untuk semua orang! Hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Resepi Berasaskan Telur Paling Simple Tapi Sedap

Baru Minggu Pertama Puasa Dah Lesu! Ini Tips Kekal Bertenaga