in ,

Antara Tanda-Tanda Badan Korang Mungkin Beracun

Sumber gambar: pinterest.com/happylavender12

Zaman sekarang, macam-macam makanan, gaya hidup dan produk yang kita guna dan amalkan dalam kehidupan kita. Dalam sedar atau tidak, kita sendiri pun kadang-kadang tak perasan tentang keadaan kesihatan badan kita. Jadi, jom kita tengok antara tanda yang badan kita ini sudah beracun atau tidak.

INSOMNIA

Sumber gambar: weheartit

Antara tanda badan korang sudah ada racun adalah insomnia yang mana menyebabkan korang susah tidur. Ini adalah disebabkan gangguan hormon yang terjadi pada badan korang. Apa yang paling teruk, benda ini akan menyebabkan korang kerap tidur siang.

BERAT TAK STABIL

via GIPHY

Selain dari itu, berat badan korang pun akan jadi tidak stabil. Apa yang korang perlu buat adalah korang perlu perbetulkan diet pemakanan korang dan gaya hidup korang. Korang juga perlu banyakkan makanan yang akan detoks kan semula badan korang supaya ia jadi normal kembali.

CEPAT LELAH

via GIPHY

Menurut penelitian pakar, kalau korang cepat lelah ini adalah disebabkan terdapat benda yang kurang elok dalam badan korang yang berasal dari benda sekeliling seperti produk yang korang gunakan atau pemakanan. Ia juga adalah sumber yang memaksa buah pinggang dan hati korang bekerja keras untuk hilangkannya.

BAU NAFAS

Sumber gambar: manordentalcare

Kalau korang nak tahu, bukan hanya makanan sahaja yang selalu buat kan nafas kita berbau tau. Benda ini boleh juga terjadi kerana sistem metabolisme kita ada gangguan. Jika usus besar tidak berfungsi, maka racun yang akan terjadi dalam perut kita akan menyebabkan hal ini terjadi.

Jika korang ada salah satu tanda ini, sebaiknya korang ubahlah gaya hidup dan pemakanan korang supaya korang lebih sihat. Iya lah, badan kita ini kan nak pakai lama sampai umur kita tua. Jadi tak salah pun sekali sekala kita wajib ambil tahu tentang kesihatan badan kita.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Sebab Bateri Phone Cepat Rosak

Kenapa Covid-19 Boleh Dianggap Hadiah Untuk Kita?