in ,

Antara Sebab Korang Tidak Layak Dapat Duit Raya

Sumber gambar: instagram.com/zoe_lunaria

Syukur sangat! Bila dah tiba Syawal dan kita dapat raikan bersama keluarga, rakan dan sanak-saudara. Kita bukan sahaja meraikan bulan mulia yang disambut selepas sebulan berpuasa. Malah di bulan ini juga kita boleh berkumpul bersama dan bermaafan, dan apa yang paling best adalah setiap juadah dan hidangan makanan hari raya memang sangat meyelerakan.

Selain itu, kita juga akan dapat duit raya daripada orang dewasa sebagai hadiah sebab kita dah sentiasa jadi orang baik semasa berpuasa, betul tak? Walau bagaimanapun, tidak semua di antara kita yang beruntung dapat duit raya disebabkan beberapa alasan korang tidak layak. Nak tahu apa dia? Jom kita baca, mana tahu korang salah seorang daripada kategori ini.

DAH BESAR

Sumber gambar: zoe_lunaria

Ya, antara sebab utama korang dah tak layak adalah sebab korang dah besar. Besar itu bukan dari segi saiz badan korang atau dah dewasa tetapi dah besar ini maksudnya boleh jadi bila keluarga korang dah tengok korang boleh berdikari seperti remaja lain. Boleh jadi juga sebab korang nampak matang dari usia. Mungkin selepas ini korang perlu lebih bergaul dengan saudara mara supaya mereka tahu umur sebenar korang?

DAH KERJA

Sumber gambar: zoe_lunaria

Memang ramai di antara orang muda sekarang termasuk pelajar sekolah yang sudah ada kerja sendiri dan ada juga yang ada bisnes sendiri. Jadi, disebabkan hal korang dah ada kerja sampingan ini juga, ia menjadi penyebab kenapa korang tidak dapat duit raya sebab korang dah ada pendapatan sendiri. Hmm, korang yang dah ada kerja itu jangan sedih okay! Korang fikir saja yang sebelum ini korang pernah juga merasa dapat duit raya. Kita beri peluang untuk adik-adik pula ya! 

DAH KAHWIN

Sumber gambar: pesona pengantin

Dah kahwin pun menjadi penyebab kenapa korang tidak layak dapat duit raya. Eh jangan kata orang dewasa, ada juga di kalangan remaja yang kahwin awal tau. Jadi, kalau korang masih dalam golongan nakkan lagi duit raya, jangan kahwin awal sangat dan tunggu sampai masanya sahaja ya. 

FAMILY SALAM ANGIN

Sumber gambar: zoe_lunaria

Ini pun antara salah satu sebab kenapa korang tak akan dapat duit raya. Ada sahaja beberapa keluarga di luar sana yang memang sudah terbiasa dengan “salam angin” yang memang korang salam hanya sekadar bermaafan zahir batin. Ala, korang janganlah kecewa sangat sebab ini pun sebenarnya lebih baik sebab ia boleh menguji keikhlasan korang nak minta maaf betul tak? Hehe! Walaupun dalam hati, “ala nak juga duit raya…”. Huhu…

Sebenarnya, bergantung juga pada seseorang punya kemampuan dalam nak beri duit raya itu. Korang jangan pula terlalu berharap bila setiap kali salam dengan orang lebih dewasa, korang akan dapat duit raya sebab mereka pun ada banyak komitmen nak diselesaikan tau! Apa kata korang pun memahami mereka dan fokus dengan beraya sebab nak ziarah, bermaafan dan lepaskan rindu sahaja. Eh tapi mesti jaga jarak sosial juga ya sebab tahun ini kita raya #COV-EID.  

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dah Boleh Keluar Waktu PKPB, Jangan Lupa Perkara Ini!

Apa #PicitChallenge Ni? Nak Picit Apa Sebenarnya?