in ,

Antara Sebab Kenapa Orang Suka Palau Kita

Ada antara korang sering di-palau-kan oleh kawan-kawan? Kalau kita perasan, ada setengah orang tak buat apa-apa pun ramai akan sukakan dia dan ada sesetengah pula tak buat apa-apa tapi tetap orang tak suka dia. Korang dalam kategori mana? Kadang-kadang ada antara manusia tak suka seseorang tanpa sebab tau. Tapi kalau kita kerap sangat di-palau-kan oleh orang yang berlainan maknanya apa? Ini antara sebab yang paling biasa:

BUKAN PENDENGAR YANG BAIK

via GIPHY

Cuba kita ingat balik, kalau lepak dengan member kita borak pasal apa? Pasal random things atau kita asyik cerita pasal diri kita saja? Maybe inilah masa untuk kita tutup mulut dan ‘buka’ telinga untuk kurangkan jumlah orang yang suka palau-kan kita. Sebab siapa saja yang suka dengan orang yang asyik cerita pasal masalah dia dan tak pernah sudi dengar kisah orang lain betul tak?

SEMUA BENDA NAK KOMEN

Sumber gambar:

Ini salah, itu salah. ini tak kena, itu tak kena.. Kita saja yang nak betul. Aiyoo guys! Kenapa buat macam itu? Tak ada siapa suka orang yang suka complaint dan komen tentang sesuatu. Kadang-kadang, sesuatu itu lebih baik didiamkan saja dan kita sepatutnya biar member kita enjoy dengan perkara yang buat dia happy! Contohnya, kita tak suka makan ayam, tapi kawan kita suka makan ayam.. Kita tak perlu pun makan ayam, cukup sekadar teman kawan kita enjoy makan ayam dia betul tak?

SELALU “MELEKAT”

via GIPHY

Semua orang perlukan masa untuk diri sendiri dan sama juga macam kawan kita. Kalau kita asyik nak melekat dengan member sampai dia pun boleh naik rimas dengan kita macam mana? Tak salah nak selalu lepak dengan kawan dan memang seronok dapat attention daripada mereka tapi tahu tak kemungkinan untuk member penat dengan kita sangat tinggi! Sekali sekala, berikan kawan masa berehat daripada kita.

TAK JUJUR

Sumber gambar:

Kawan yang baik ialah kawan yang sentiasa jujur dengan kita. Kebanyakan kawan yang tak jujur, suka tipu dan semua benda nak tahu, orang akan palau-kan dia. Sebab apa? Siapa nak layan orang yang kita tahu selalu tipu dan suka menyibuk tentang hal orang lain. Kawan macam ini sangat bahaya tau! Ada yang berperangai macam ini ke? No wonder kawan ‘lari’ daripada awak!

Belum terlambat untuk ubah diri kita jadi kawan yang lebih baik. Jom beri perhatian kepada orang sekeliling dan ubah cara layanan dengan lebih baik. Kalau kita tetap berkeras tak nak ubah dan rasa diri sendiri saja yang betul, bukan setakat di-palau-kan.. Mungkin bakal pindah duduk pulau bersendiri!

What do you think?

-8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Youtuber Korea Peluk Islam, Kini Digelar Daud Kim

Peperiksaan PT3 Nak Dekat Dah! Korang Ready Ke?