in ,

Antara Kelebihan Dari 4 Kekurangan Bakal Buat Orang Insecure

Sumber gambar: pinterest.com/syarifsalim15

Dalam hidup, kita semua memang tidak semua dilahirkan sempurna A to Z, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, setuju tak? Mesti ada juga di antara korang semua ini yang selalu insecure dengan kekurangan diri masing-masing sampai tak boleh nak figure out apa kelebihan yang korang boleh dapat dari setiap kekurangan korang itu kan? Okay, nak tahu tak apa saja benda yang selalu buat korang insecure tapi ada hikmahnya tersendiri? Jom check it out!

TAK TERLALU CANTIK/ KACAK

via GIPHY

Untuk korang yang dilahirkan tidak terlalu cantik atau kacak itu. Biasanya, kalau korang dah dewasa. Korang akan dapat orang yang sayang korang disebabkan diri korang sendiri dan personaliti yang best, bukan kerana rupa. Korang juga biasanya jarang mendapat gangguan kes jenayah sebab kalau kita tengok kebanyakan orang jahat memang suka menganggu orang yang cantik dan kacak. Contohnya, gangguan seksual biasanya akan lebih kerap jadi kepada orang cantik walaupun ia memang tak patut pun berlaku sebab ia memang salah! Tapi untuk korang, agak beruntung sedikit sebab tak perlu hadapi gangguan yang menjengkelkan seperti itu.

BUKAN SI PANJANG

via GIPHY

Mesti ramai diantara korang di sini yang jenis insecure terhadap tinggi masing-masing kan? Lebih lagi yang petite itu. Haha! Korang tak perlu rasa diri korang kecil pun sebab tak jadi si panjang dalam kalangan squad korang sebab untuk korang yang pendek itu tak perlu risau nak jalan tersadung atau terlanggar orang lain pun. Apa yang best, orang kata orang yang tak tinggi ini, harapan hidupnya lebih lama sebab tiada masalah tulang belakang. Eh! Bukan bermakna semua orang tinggi itu hidupnya tidak lama pula ya. Jangan salah faham! Hehe! Yang tidak berapa nak tinggi ini pun biasanya tiada masa untuk stress sebab ramai di antara mereka yang jenis happy go lucky!

CAKAR AYAM

via GIPHY

Korang punya tulisan selalu dibebel oleh ramai orang tak? Sebab buruk sangat sampai tak ada yang boleh faham? Korang tak perlu pun nak rasa gusar sangat sebab antara kelebihan korang yang tulisannya memang buruk sangat ini adalah bila waktu peperiksaan tiada orang yang mampu nak tiru langsung sebab akan makan masa nak fahamkan apa korang tulis. Bukan setakat itu sahaja, kalau korang ada cita-cita nak jadi seorang secretary pada masa hadapan, korang lupakan sahaja sebab lebih baik korang jadi doktor. Kalau korang nak tahu, sebenarnya ramai di antara manusia yang bertulisan buruk ini orangnya memang sangat cerdas dan pandai!

LIDAH BELIT

via GIPHY

Bila bercakap pernah tak kawan korang bahan korang sebab lidah korang ada accent yang lain dari lain dan pelat macam β€˜mat saleh’? Kalau ada, tak perlu rasa rendah diri pun sebab biasanya orang yang lidah belit ini lebih mudah untuk belajar menyebut bahasa lain dengan lebih fasih dan teratur. Biasanya juga, orang yang lidahnya agak pelat ini lebih fasih bercakap dan selalu masuk debat dan sebagainya sebab mereka sangat kreatif dan yakin dengan diri sendiri.Β 

Ha! mesti sekarang baru sedar kan sebenarnya banyak kelebihan dari perkara yang korang selalu insecure dari diri korang. Tapi kalau korang nak improve diri korang jadi lebih baik dan nak ada tinggi yang menarik, muka yang elok, cakap teratur dan lain-lain itu boleh saja dan tak salah pun. Asalkan, korang sentiasa percaya diri positif okay! Hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Comelnya, Chen EXO Dapat Baby Perempuan!

Resepi Oats Untuk Makan Waktu Sahur!