in ,

Antara K-Pop Idol Yang Pernah Pakai Braces, Memang Comel!

Sumber gambar: ar.pinterest.com/kmpastora

Penampilan dari atas sampai ke bawah, dari muka ke fesyen dan lain-lain memang adalah aset paling penting bagi mereka. Tidak kira lah mereka dari negara mana pun. Mereka adalah ikon yang sentiasa menjadi perhatian para peminat dan sudah pasti mereka ini juga ibarat model dan idola untuk dijadikan ikutan dalam banyak hal. Tapi antara semua itu, pernah tak korang perhatikan gigi mereka? Lebih lagi K-Pop idol? Kalau kita tengok, penampilan dan wajah mereka memang persis anak patung, setuju tak? Akan tetapi di sebalik senyuman manis mereka itu ada beberapa orang di antara mereka yang sebenarnya pernah menggunakan braces. Hmm, mesti korang tertanya-tanya siapa saja antara mereka ini yang pernah gunakan braces kan? Jom kita usha!

SEHUN EXO

Sumber gambar: pinterest

Siapa saja yang tak cair bila tengok Sehun ini senyum kan? Memang ramai peminat Sehun ini mesti tahu yang Sehun ini memang boleh dikatakan tidak pernah ubah apa-apa pada muka dia dan dia memang lahir dengan muka yang sedia kala good looking gitu! Dan Sehun ini pernah pakai braces tau! Tapi mesti ada yang tak nampak sebab dia pakai di bahagian belakang gigi dia. Eh main sorok-sorok pula braces dia kan? 

J-HOPE BTS

Sumber gambar: pinterest

Di sebalik senyuman bak matahari yang paling bersinar di muka bumi ini, J-Hope BTS pun pernah pakai braces tau! Hmm! Patutlah gigi dia paling cantik antara semua ahli BTS kan! Dan waktu BTS dah debut pun, ada peminat pernah zoom gambar gigi J-Hope, yang dia masih menggunakan retainer di bahagian belakang gigi. Memang comel! 

I.N STRAY KIDS

Sumber gambar: Twitter

Ini lagi seorang yang comel pakai braces! I.N Stray Kids memang ramai yang tahu dia punya senyuman dengan braces itu memang comel sangat. Iya lah dia pun masih muda lagi kan? Maknae yang seorang ini pun dah tanggalkan braces dia dan lagi bertambah manis pula muka mamat seorang ini kan! Hehe! 

VERNON SEVENTEEN

Sumber gambar: pinterest

Vernon Seventeen memang ramai yang tahu sebelum dia debut dia pernah menggunakan braces. Untuk pengetahuan korang, sebelum gigi dia jadi cantik seperti sekarang, dia ada gigi ala vampire tau! Hmm! Tapi itulah, sekarang dah rata makin bertambah kacak pula kan? Haha

SANHA ASTRO

Sumber gambar: amino

Maknae ASTRO yang seorang ini pun pernah pakai braces dan memang comel dengan muka baby face dia itu tau! Sanha ini pun kalau kita tengok sekarang semakin matang tau! Dah lah tinggi! Nampak macam gentleman sangat! 

Kalau yang memang ikuti perkembangan mereka yang ada dalam list ini dari awal, mesti korang dah tahu kan rupa mereka sebelum debut? Tetapi yang baru nak minat atau minat di tengah perjalanan karier mereka, mesti akan ada yang macam “wow! dia ini pun pernah pakai braces!”. Haha! Jadi, siapa lagi artis K-Pop lain yang korang tahu pernah pakai braces? Cuba komen kat bawah!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Goodluck, Result SPM 2019 Keluar 05 Mac!

5 Penyanyi Lelaki Muda Yang Ada Vokal Paling Layan!