in ,

Antara K-Idol Yang Pernah Hidup Susah Sebelum Popular

Sumber gambar: Instagram Han So Hee / Instagram Park Bo Bum

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bila dah senang nanti jangan lupakan waktu tengah susah dulu.

Setiap orang ada dugaan dalam hidup kan? Bertuah siapa yang lahir daripada keluarga yang berada atau keluarga senang. Tapi tak bermaksud siapa yang lahir dalam keluarga susah ni tak bernasib baik. Sebab tu Ainaa cakap itu semua takdir hidup yang tak boleh kita nak pertikaikan. Kalau susah, kita kena la usaha untuk keluar daripada keadaan sebegitu kan?

Bila korang tengok selebriti Korea tu, agak-agak mereka tu semua berasal dari keluarga yang senang ke atau ada yang berasal dari keluarga susah? Macam Ainaa cakap tadi, tak semua orang berasal dari keluarga yang senang dan bila mereka datang dari keluarga susah, mesti dia nak berusaha untuk ubah nasib kan. So sama la macam beberapa orang selebriti Korea ni yang mana mereka juga berasal dari keluarga susah waktu dulu. Jom check it out kisah hidup mereka…

HAN SO HEE

View this post on Instagram

@lorealparis πŸ¦‹

A post shared by ν•œμ†Œν¬ (@xeesoxee) on

Watak Da-Kyung yang dibawa oleh Han So Hee benar-benar telah merubah nasib dia sedikit demi sedikit. Sebelum bergelar pelakon, So Hee pernah hidup susah yang mana dia hanya mempunyai duit sebanyak 300,000 KRW iaitu lebih kurang RM1,059 sahaja ketika dia datang ke Seoul, Korea. Ketika itu dia hanya bekerja di sebuah bar selama lebih setahun dei untuk mengejar cita-citanya. Waktu tu dia sangat berusaha keras untuk memiliki apa yang dia ada sekarang. So nampak la yang So Hee ni seorang yang akan berusaha sedaya upaya bila dia mahukan sesuatu demi mengubah perjalanan hidupnya.

IU

View this post on Instagram

꽃냠

A post shared by μ΄μ§€κΈˆ (@dlwlrma) on

Ya, jangan terkejut sebab IU pun pernah hidup susah dulu yang mana dia mula menjalani kehidupan susah yang mana sejak kecil lagi keluarga dia telah ditimpa hutang yang banyak. Itu membuatkan dia terpaksa tinggal bersama dengan neneknya kerana takut diri dia dan adiknya diganggu oleh orang jahat. At the same time mereka juga terpaksa hidup bersama dengan lipas ketika itu. Kalau kita kena duduk dengan lipas mesti dah menjerit, tak boleh nak tidur malam ni! Disebabkan itu dia sedaya upaya untuk menjadi penyanyi terkenal untuk membalas jasa keluarganya walaupun dia terpaksa dimasukkan ke dalam hospital.

PARK BO GUM

Siapa sangka di usia 22 tahun, Park Bo Gum telah diisytihar muflis! Kita waktu umur 22 tahun tengah nak cari jalan hidup, dia dah terpaksa menghadapi masalah kewangan sampai macam tu sekali. Tapi itu bukan la salah dia kerana pada asalnya bapanya telah menggunakan namanya sebagai penjamin. Oleh sebab itu, dia terpaksa menanggung akibatnya yang mana nama dia telah di black list oleh pihak bank. Ibunya juga telah meninggal dunia ketika dia masih kecil. Sekali lagi musibah menimpa dirnya apabila ketika dia sudah menjadi debut, dia telah menerima tuntutan untuk menyelesaikan kesemua hutang yang telah meningkat secara mendadak disebabkan interest yang tinggi.

SEO IN GUK

View this post on Instagram

🌞🌞

A post shared by μ„œμΈκ΅­ Seo In Guk (@seo_cccc) on

Ibunya merupakan seorang pengutip kotak tetapi dia masih berasa bertuah kerana ibubapanya tetap menyayanyi mereka sekeluarga. Disebabkan itu sehingga kini dia sangat menghargai keluarganya dan sedikit pun tidak pernah rasa malu dengan pekerjaan ibunya. Duit yang dia dapat daripada mengutip kotak itu digunakan untuk membeli makanan buat mereka sekeluarga. Bagi ibunya walaupun Seo In Guk sudah debut sebagai seorang selebriti, itu bukan la alasan untuk dia berehat dan tidak bekerja. Sebagai balasan, Seo In Guk telah membuka sebuah coffee shop buat ibunya sebagai tanda berterima kasih kepadanya. So sweet!

So nampak tak dekat sini yang sesusah mana pun kita, bila kita ada usaha untuk berjaya mesti akan ada jalannya. Kita pun boleh ubah nasib macam mereka juga, asalkan kita berusaha keras okay guys!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cabaran 7 Hari Aktiviti Hilangkan Bosan Untuk Pelajar Sekolah!

Bapa Sporting, Anak Instagram Famous & TikTokers Hot!