in ,

Anak Selebriti Pun Nak Jadi Influencer!

Sumber gambar: https://www.vice.com/en_us/article/zmagdy/trends-in-influencer-marketing-brand-ambassadors

Ehemm, dah penat scroll Instagram ke belum tu? Biasanya dekat Instagram, siapa yang korang akan follow? Account artis ke, masakan, fesyen or anything? Korang perasan tak sekarang ni dah ramai anak selebriti Malaysia terkenal dekat Instagram. Sekali masukkan gambar, beribu orang like. Ada antara diorang ni semua dah jadi social media influencer dan dikenali ramai, antaranya ialah…

MARISSA DANIA HAKIM

Cantik, comel, bijak, sopan. Apa lagi nak describe dekat si cantik yang bernama Marissa Dania Hakim ni? Marissa ialah anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim. Bersekolah dekat sebuah sekolah tahfiz di Negeri Sembilan dan baru je berusia 14 tahun! Weyy, 14 tahun pun dah cantik macam ni, agak-agak nanti dah besar mesti double triple cantik kan?! Memandangkan sekarang ni Marissa still bersekolah, dia just ambil paid review untuk promote product kecil-kecilan daripada mana-mana IG shop sahaja.

HANNA FARESHA

View this post on Instagram

-swipe left to see my twinnieโค๏ธ

A post shared by Hanna Faresha (@hannafaresha) on

Pakej buat si cantik manis anak kepada pasangan selebriti Fauzi Nawawi dan Lisdawati ni bila dia dikatakan sebagai beauty with brain bila berjaya mendapatkan keputusan cemerlang 10A dalam peperiksaan SPM pada tahun 2016 yang lepas. Kalau korang tengok dekat Instagram dia, Hanna banyak promote barang daripada brand terkenal. For now, Hanna baru nak muka berjinak-jinak dalam dunia Youtube dengan buat tutorial makeup dan juga hijab tutorial. Baru-baru ni Hanna ada join satu organization ke Taiwan bersama dengan social media influencer yang lain.

NUR ANIS

Baru berusia 26 tahun tapi anak kepada hero Malaya, Rosyam Nor ni semakin dikenali dalam kalangan girls dekat Instagram. Mana taknya, pada usia muda ni Anis dah mengusahakan sebuah butik tudung muslimah iaitu ‘Bidadari Contemporary’. Kalau korang tengok dekat Instagram, Anis banyak share OOTD dia. Semua ON POINT tau! Jealous je bila tengok outfit dan gaya dia. Tak lama lagi Anis akan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya. Tahniah awak!

NUR EDLYNN ZAMILLEEN

Agak-agak kalau Ainaa tanya korang kenal atau tidak pemilik namaย ย Nur Edlynn Zamilleen ni, korang tahu tak siapa dia tu? Haa, kalau nak tahu itu la nama sebenar Cik B! Alaaa, Cik B anak perempuan DSV tu la. Terkejut tak bila tahu nama Cik B sebenarnya sedap macam tu? Cik B bukan setakat influencer je, tapi dia juga dikenali sebagai seorang usahawan muda sebab dia sekarang dah ada produk sendiri which is Salted Egg Salmon Skin. Wowww, Cik B dah ikut jejak DSV rupanya.

Apa yang bagusnya ialah mereka semua ni tak gunakan nama their parents untuk dikenali ramai pun dan kalau perasan mereka pun jarang post gambar dengan parents. At least kita tahu yang allย  of this girls tahu untuk berdikari walaupun parents mereka terkenal!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Wani Kayrie Suntik Elemen Pop Koplo Dalam Lagu Baharu

Bila Seronok Beraya, Kucing Pula Jadi Mangsa ๐Ÿ˜ญ