in ,

Anak Pertama Paling Disayang, Setuju Ke?

Sumber Gambar: http://www.fanpop.com

Hai #Lunagirls siapa dekat sini anak sulung? Bertuahnya jadi anak sulung sebab korang adalah cinta pertama ibu bapa korang, mereka mesti curahkan penuh kasih sayang dan itu adalah kelebihan anak pertama. LUNARIA nak bongkar sikit personaliti anak pertama ni macam mana.

KUAT

via GIPHY

Walaupun anak sulung adalah cinta pertama ibu bapa kita, tetapi setiap kali apa yang terjadi kepada adik beradik yang lain pasti mereka akan dipersalahkan dulu. Keadaan sebegini yang memaksa mereka menjadi lebih kuat dan kadang sampai terasa hati tapi dia akan pendam je.

PENASIHAT TERBAIK

via GIPHY

Selain kuat, anak sulung juga mempunyai hati yang sedikit lembut tapi bukan sensitive ye. Dengan pengalaman yang lebih banyak, anak sulung akan selalu memberi nasihat kepada adik-adiknya untuk selalu berkelakuan baik dan cuba meredakan sesuatu perkara.

LEBIH BAIK

via GIPHY

Dikatakan anak sulung memiliki sifat yang berjimat cermat dan selalu berkelakuan baik. Tidak pernah sesekali kasar kepada sesiapa dan memandam rasa sehinggakan dorang akan merasa ibu bapa mereka tidak menyayangi mereka dan melebihkan adik beradik yang lain.

PERIHATIN

via GIPHY

Sekiranya adik beradik dalam masalah, anak sulung pasti akan membantu kerana mereka perihatin apa yang terjadi. Sanggup melakukan apa sahaja, asalkan adik beradiknya merasa senang.

MEMILIH DIAM

via GIPHY

Anak sulung paling menyimpan rasa, atau lebih suka berdiam sebab anak sulung bukanlah seorang anak yang keras kepala. Pada mereka biarlah aku kalah untuk adik beradik ku asalkan dorang bahagia, biarlah tak belajar tinggi asalkan adik beradik dia boleh.

Mungkin kerana mereka adalah cinta pertama kedua ibu bapa , mereka merelakan diri untuk menjadi seseorang yang bersahaja, penyabar dan Β menganggap ini semua adalah satu perjuangan untuk adik beradiknya menghormatinya suatu hari nanti.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

#LunaExplores: Main Game Hantu Sampai Ada Dengar Baby Menangis!

Tambah Duit Dengan Bahasa Asing?