in ,

Ambil Tahu Siapa Yang Stalk Korang Di Instagram Melalui 4 Apps Ini

Sumber gambar: www.dramabeans.com

Pernah tak korang semua terfikir, siapa sahaja orang yang selalu sangat visiti Instagram profile korang? Kalau pernah, mesti korang akan rasa “eee siapa saja ni yang suka sangat stalk saya?”, betul tak?Jadi, kalau pernah… sebenarnya ada beberapa cara untuk korang tahu siapa yang selalu stalk korang di Instagram. Salah satunya, sudah pasti dengan aplikasi stalker Instagram! Woah! Lepas ini boleh lah korang ambil tahu siapa yang selalu sangat intip korang! Jom kami kongsi kan beberapa aplikasi yang function untuk korang ambil tahu siapa yang selalu kecoh sangat nak jadi FBI tidak berbayar di Instagram korang! Hehe! 

SECRET ADMIRES FOR INSTAGRAM

Sumber gambar: zoe_lunaria

Aplikasi yang Secret Admires for Instagram ini adalah aplikasi yang direka untuk korang tahu siapa sahaja yang selalu visit Instagram profile korang. Kiranya, korang akan dapat tahu, berapa kali dalam sehari dia stalk korang, dan korang juga boleh tahu identiti mereka melalui Instagram profile mereka. Bukan setakat itu sahaja, kalau korang terlepas pandang siapa sahaja yang tonton IG live dan stories korang pun, korang boleh semak dalam aplikasi ini tau! 

WHO VIEWED MY INSTAGRAM

Sumber gambar: zoe_lunaria

Macam Who Viewed My Instagram ini pula ia lebih kurang sama dengan aplikasi stalker Instagram yang lainnya sebab  korang boleh tengok siapa yang follow korang, siapa yang korang tak follow, siapa yang dah unfollow korang dan sebagainya. Korang juga boleh check siapa yang tengok profile korang pada hari ini. Bukan itu saja, malah kalau korang nak tambah followers pun boleh tapi kalau nak guna lebih dari itu, korang kena lah bayar sikit. Hehe! 

SMART STALK

Sumber gambar: zoe_lunaria

Kalau stalker dah stalk kita, kita stalk lah mereka semula kan? Haha! Jadi dalam aplikasi Smart Stalk ini korang akan tahu siapakah gerangan yang dah stalk korang. Bukan setakat itu saja, malah korang boleh stalk semula siapa stalker korang walaupun akaun orang itu akaun yang sudah di-private kan tau! Haha! Memang lagi best untuk aplikasi yang satu ini.

STALKEAME

Sumber gambar: zoe_lunaria

Untuk Stalkeame ini pula, korang siap boleh stalk semula stalker korang tanpa pengetahuan mereka juga. Selain boleh tahu siapa identiti stalker korang. Korang boleh tengok IG stories dan profile mereka yang lain-lain tanpa diketahui langsung. Bukan hanya untuk Instagram sahaja, malah untuk media sosial lain seperti Twitter dan Facebook pun korang boleh track juga tau stalker korang! 

Hmm, jadi siapa saja yang selama ini suka sangat buka dan visit Instagram korang? Mana lah tahu ex korang ke, haters korang ke, atau boleh jadi crush korang juga sebenarnya yang selama ini selalu stalk korang kan? Ha, mesti korang curious kan? Why not cuba download dan install sekarang? Hehe! Kalau dah jumpa sesiapa, cuba lah kongsi cerita sikit siapa yang stalk korang di media sosial itu! Huhu…

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pelakon Couple Kanak-Kanak Yang Pernah Digandingkan Bersama

Cara Simple Pakai Face Mask Untuk Hijabis