in ,

Alergi K-Pop Idol Yang Lain Daripada Kebiasaan Orang

Sumber gambar: fromis-9.uli.asia

Tidak dinafikan, setiap manusia memang mempunyai jenis dan penerimaan badan yang berbeza. Respon dan kesan yang diberikan daripada setiap makan minum dan perkara di sekeliling pun sentiasa berbeza dan itu yang membuatkan kita semua unik dan ada keistimewaan tersendiri. Jika kita semua okay sahaja waktu tengah makan buah-buahan dan sayur-sayuran, masih ada sahaja beberapa orang di dunia ini yang memang tidak boleh sentuh dan makan langsung sebab ia akan membahayakan kesihatan mereka kerana alergi yang dihadapi mereka. Antara alergi yang biasa kita dengar adalah seperti alergi kacang, alergi makanan laut, alergi manusia toksik… eh kesitu pula kan? Haha! Okay, jom kita tengok antara alergi beberapa K-Pop idol yang lain daripada kebiasaan kita pernah dengar. Hehe! 

ALERGI GARAM

Sumber gambar: tenor

Garam selalu digunakan dalam pelbagai masakan di seluruh dunia, kecuali kalau korang tengah diet atau lebih gemar suka kan perasa lain lah kan? Pernah tak korang terbayang macam mana orang hidup makanannya tak pernah diletakkan garam sebab dia ada alergi garam? Woah! Memang lain kan? Alergi garam ini dialami oleh Hwang Min Hyun Nu’est tau! Setiap kali dia termakan garam, walaupun hanya sedikit sahaja. Kulit Min Hyun akan membengkak dan gatal-gatal, kesian betul kan? Apa lah agaknya rasa makanan Min Hyun setiap hari kan tak ada garam saja… hehe!

ALERGI BUAH

Sumber gambar: pinterest

Buah-buahan memang kegemaran orang ramai sebab dah lah manis, sedap, banyak khasiat, dan mudah sahaja nak makan pada bila-bila masa sahaja. Akan tetapi K-Pop idol ini ada alergi terhadap buah seperti Jihyo Twice dia alergi terhadap nenas, SinB GFriend alergi anggur, Eric Nam dan Krystal epal, Chaeyong Fromis 9 alergi kepada tiga jenis buah iaitu epal, pic, ceri, Amber Mangga, Jae Day6 pula alergi semua buah kecuali epal dan Peniel BTOB pula Tembikai. Woah! Sebagai penggemar buah yang setia, Zoe memang tak boleh brain tapi macam kesian pula pada K-Pop idol ini sebab nikmat boleh makan semua buah itu memang best tau!

ALERGI BUNGA

Sumber gambar: kpop map

Musim bunga adalah musim yang paling indah dan hanya ada di negara yang bertuah sahaja termasuk lah Korea sendiri. Walaupun musim bunga akan dinikmati oleh ramai orang dengan gembira, ia tidak bagi Junsu sebab di musim bunga dia perlu berhati-hati sebab dia alergi dengan bunga. Bunga akan menyebabkan dia bersin, gatal-gatal, dan menyebabkan hidungnya sentiasa meleleh. Woah! Sayang betul kan? Mesti kalau nak beri bunga pada girlfriend dia tak boleh kan? Tapi tak apa lah ada banyak lagi hadiah yang best dia boleh beri kan? Hehe! 

ALERGI MAKANAN MENTAH

Sumber gambar: pinterest

Di beberapa negara Asia Timur seperti Korea, Jepun dan China biasanya ada sahaja makanan yang mentah dan separa mentah dijadikan sajian harian mereka. Lain pula bagi Dawon SF9 sebab dia memang tidak boleh langsung makan sushi, sashimi dan beberapa makanan mentah lain sebab dia alergi dengan makanan mentah. 

ALERGI LOGAM

Sumber gambar: pinterest

Macam Sung Gyu ini pula lain pula alergi dia sebab kulit dia memang tidak boleh bersentuhan atau terkena dengan sebarang logam. Logam akan menyebabkan badannya gatal-gatal dan kalau korang nak tahu, setiap kali nak buat perfomance. Pakaian Sung Gyu memang akan disiapkan dengan elok-elok dan akan dipastikan tiada sebarang logam pun tau. Kesian betul, mesti kalau nak beli jam atau yang lain itu kena betul-betul make sure ia bahan yang lain kan?

Korang ada ke alergi yang lain dan unik sama seperti K-Pop idol ini? Kalau ada, cuba lah kongsi dan cerita dengan kami di komen bawah. Macam Zoe sendiri, memang tiada apa-apa alergi pelik kecuali kalau makan kacang itu, jerawat Zoe suka pula nak beranak-pinak ya. Hehe! 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments