in ,

Alatan Makeup Yang Perlu Korang Selalu Bersihkan

Sumber gambar: Racked.com

Euwhh Katty, itu beauty blender ke span basuh pinggan? Kotor betul, kau tak pernah basuh ke? Baik buang je la, jangan pakai dah! Bahaya tahu tak!

Makeup nak cantik-cantik, eyeliner nak tajam, lipstick nak merah mak ngah tapi barang makeup tak pernah basuh atau tukar! Kalau jenis pakai lama-lama sampai expired pun susah juga, confirm condition barang makeup tu dah lain macam. Tak masuk lagi alatan yang korang gunakan untuk makeup, confirm penuh dengan sisa makeup yang tertinggal.

via GIPHY

Makeup ni memang best sebab buatkan diri kita bertambah confident nak keluar berjalan-jalan. Tapi kalau makeup je cantik, disebalik barang-barang makeup tu hanya kita sahaja yang tahu. Sebab tu la sebenarnya ada a few barang makeup yang perlu kita ganti, tukar atau basuh supaya ia kelihatan bersih sentiasa dan kita sendiri jauh daripada penyakit atau jangkitan kuman. Korang pun mesti tak sangka juga sebenarnya barang-barang yang bakal Ainaa list ni ‘WAJIB’ untuk korang tukar, basuh atau ganti dengan yang baru. Jom check it out girls!

BEAUTY BLENDER SI TELUR

Image result for dirty beauty blender
Sumber gambar: Youtube

Nampak je bulat bulat, tapi dalam bulat ni perlu ditukar atau dibasuh selalu ya! Dekat kedai drugstore, pasar malam atau mana-mana sahaja kedai yang jual kosmetik memang akan jual beauty blender ni. Bukan susah pun nak cari, dekat Instagram pun ada. Harga pun macam-macam korang boleh jumpa, paling murah kualiti biasa je la, kalau mahal kualiti confirm berpuas hati. Sebenarnya ‘jagka hayat’ beauty blender tidak la lama. Kita digalakkan supaya mencuci beauty blender tu at least dua minggu sekali. Kita tak tahu kemungkinan ada kuman yang ‘tumpang’ di beauty blender korang after dah bercampur dengan segala macam foundation, concealer dan macam-macam lagi bahan makeup. Just imagine kalau beauty blender korang berwarna hitam, confirm part yang korang selalu gunakan untuk dab dekat muka tu dah bercapuk jadi coklat kehitaman. Tak ke geli je tengok tu? Tak masuk lagi bila korang basuhkan beauty blender, confirm la ia akan kembang. Dekat situ sahaja kebarangkalian untuk kuman membiak sangat tinggi. So, nak selamat cuci la selalu dan tukar beauty blender yang baru dua bulan sekali ke, itu pun kalau pakai yang harga murah tu la. Kalau beli mahal, lama sikit boleh pakai but still kena basuh ya.

MAKEUP BRUSH

Image result for dirty makeup brush
Sumber gambar: Goodhousekeeping

Dekat Shopee ada berlambak akaun yang menjual makeup brush daripada kecil sampai la besar, daripada untuk mata sehingga la ke satu muka. Murah dan mahal sahaja yang membezakan, sometimes kualiti sama sahaja cuma kena tengok la kedai mana yang menjualnya. Tak kisah la makeup brush tu mahal atau murah, korang masih lagi perlu basuh. Just basuh guna sabun biasa pun boleh juga, asalkan korang basuh. Make sure juga selepas basuh, keringkan secepat mungkin supaya berus tu tak kembang atau rosak. Lagi elok kalau dalam dua minggu sekali juga korang cuci berus makeup untuk kekalkan kebersihan. Risau je nanti kalau makeup brush tak bersih, kulit muka korang naik rashes pula.

PUFF COMPACT POWDER

Image result for dirty compact powder puff
Sumber gambar: Istockphoto

Setiap compact powder mesti disediakan puff supaya memudahkan kita pakai bedak dengan mudah. Lama-lama kalau dah banyak kali pakai, tak mustahil puff tu akan jadi kotor dan buruk. Dah la nak apply dekat muka, buatnya puff tu dah kotor memang rosak la juga kulit muka korang tu. Orang lain tengok pun geli je! Let say kalau taknak basuh, just gantikan yang baru je. Dekat kedai Daiso pun ada juga jual puff banyak-banyak. Tukar la berapa banyak kali korang nak, tak ada masalah. Asalkan jangan sampai compact powder tu dah habis pun korang masih gunakan puff yang sama ya.

EYELASH CURLER

Image result for dirty eyelash curler
Sumber gambar: Goodyfeed

Ingat eyelash curler ni tak perlu dibersihkan ke? Sebenarnya eyelash curler la yang perlu dibersihkan selalu sebab banyak sisa mascara yang tersekat dekat situ. Just imagine kalau korang tak bersihkan sisa mascara yang ada, tak mustahil sisa tu akan mengeras. Bila dah keras mula la bulu mata terlekat bila nak kepitnya. Buatnya bulu mata korang terkepit, terus tertanggal melekat dekat eyelash curler tu! Waktu tu nak menyesal pun tak sempat dah girls, memang salah korang la sebab buat macam tu. Seminggu sekali bersihkan je guna makeup remover. Bersihkan macam mana korang remove makeup, gunakan cotton pad dan lap sekeliling kawasan kepit dekat eyelash curler tu. Baru la bersih, kuman tak ada dan bulu mata korang pun selamat daripada tertanggal.

Lepas ni jangan bagi alasan taknak bersihkan barang-barang ni semua ya. Ingat, kebersihan barang makeup pun penting supaya korang sentiasa jauh daripada kuman.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments