in ,

Alasan Kenapa Ramai Tak Suka K-Pop

Sumber gambar: twitter.com/kookmin_ph

Sekarang ini pengaruh K-Pop memang besar dan luas, betul tak? Ramai yang suka tonton cerita Korea, dengar lagu Korea, baju pun stail nak macam Korea, makan pun nak makan makanan Korea dan kalau boleh nak hidup pun ada campur budaya Korea. Nampak tak betapa besarnya pengaruh Hallyu ini pada ramai orang dan bukan setakat benua Asia saja tau yang minat K-Pop tapi di Hollywood, Arab, Afrika dan Oceania pun ramai yang dah minat K-pop. Walau bagaimanapun, masih ada yang tak suka K-Pop disebabkan beberapa alasan dan faktor, jom kita tengok sebab apa dan mengapa mereka tak suka K-Pop.

OBSESSIVE FANS

Sumber gambar: Pin Interest

Ini antara sebab pertama kenapa ramai orang menyampah dengan K-Pop. Semuanya disebabkan perangai peminat yang obses sangat dengan artis kegemaran mereka. Kiranya, mereka yang peminat ini sampai sanggup buat apa sahaja sampai banyak beri kesan buruk pada diri mereka sendiri. Oleh sebab itu, ramai yang tak suka dengan K-Pop. Ha, korang nak minat itu boleh tapi janganlah sampai buat orang lain annoyed dengan korang.

TOXIC FANDOM

Sumber gambar: Kpop Trends

Toxic fandom culture ini pun buatkan orang ramai tidak suka pada K-Pop. Belum lagi korang bergaduh dengan fandom lainnya hanya sebab nak cari kelemahan artis yang korang kurang minat itu, sasaengnya, dan banyak lagi perkara yang membuatkan orang lain sangat membenci K-Pop hanya disebabkan perangai toksik dari peminat K-Pop sehingga menyebabkan kehidupan peribadi artis itu diganggu. Korang bukan buat artis itu sahaja yang tak selesa, orang sekeliling pun akan rasa tak selesa dengan perangai seperti itu okay!Β 

BANYAK SCANDAL

Sumber gambar: Reuters

Di sebalik kegagahan dan kebahagiaan yang dipancarkan di media mengenai kehidupan artis K-pop sebenarnya terdapat banyak sangat skandal yang kita pun tak akan sangka sangat. Lebih lagi, kebelakangan ini sudah banyak benda yang kantoi dan puncanya pun kita tak tahu kenapa ianya boleh terjadi. Hehe!Β 

HAMBA KONTRAK

Sumber gambar: soobeanie_

Artis Korea ini seperti yang kita tahu mereka memang terikat dengan kontrak dengan agensi mereka selama beberapa tahun. Jadi selama mereka terikat dengan kontrak itu banyak sangat syarat dan peraturan yang perlu mereka ikut. Kadang-kadang syarat itu sangat tak masuk akal sebab ada yang tidak boleh bercinta, tidak boleh makan banyak dan macam-macam lagi. Itulah sebab mereka yang tak minat K-Pop ini rasa mereka memang tak patut suka K-Pop sebab artis ini ibarat hamba kepada industri muzik.

FAKE PEOPLE

Sumber gambar: Kamie Adzlan

Ada juga yang cakap sebenarnya artis K-Pop ini adalah fake people sebab mereka hanya buat-buat baik di depan orang ramai. OMG! Korang! Tak akanlah nak orang lain layan korang jahat-jahat kut! Mestilah semua orang yang baru korang jumpa kena buat baik. Lebih lagi kalau korang itu public figure. Kang, sombong pun ada yang bising. Haha! Haish macam-macam.

Woah! Kalau difikirkan semula memang masuk akal juga kenapa orang boleh tak suka K-Pop. Untuk yang masih suka K-Pop korang jangan bitter sangat kalau orang tak suka K-Pop sebab mereka mungkin ada alasan masing-masing. Tapi ini bukan alasan untuk korang yang tak suka K-Pop itu nak cakap buruk tentang minat orang lain juga ya! Tak perlu nak condemn orang lain sangat sebab tak ada faedah pun kalau korang bertekak each other,Β  betul tak?

What do you think?

29 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pengasas Telegram Suruh Delete Aplikasi WhatsApp?

Senarai Water Park Di Malaysia! No. 2 Paling ONZ!