in ,

Alamak! Patutlah Tak Boleh Kerap Tidur..

Sumber gambar : unsplash.com/@sickhews

via GIPHY

 

Ohh tidurr..best nya! Siapa je tak suka tidur kan #Lunagirls? Balik dari sekolah nampak katil, confirm terus nak lelap kan? Hihi! Tapi korang tahu tak yang sebenarnya kalau terlampau banyak tidur tak elok untuk kesihatan? Harini LUNARIA kongsikan antara kesan kalau kerap atau tidur berlebihan..

MAUT KETIKA TIDUR

via GIPHY

Yup! Jika tidur terlalu lama boleh menyebabkan maut dalam tidur! Kajian dari Chicago School of Medicine temui individu yang tidur lebih daripada 8 jam setiap malam, 10 % lebih tinggi untuk kena serangan jantung dan sakit dada. Bukan tak boleh tidur lama girls, cuma jangan berlebihan.. Make sure korang jaga masa tidur setiap hari okay?

SAKIT KEPALA

via GIPHY

Pernah tak apabila #Lunagirls bangun daripada tidur yang lama, korang rasa sakit kepala? Seorang penyelidik dari The Sleep and Cognition Lab University of California iaitu Elizabeth McDevitt, menyatakan tidur berlebihan akan sebabkan sakit yang teramat pada bahagian kepala akibat tekanan darah rendah dan dehidrasi tau! Oh no!

KUALITI TIDUR MENURUN

via GIPHY

Korang tidur lama tapi masih rasa mengantuk? Haa itu bukan maksud badan korang penat, tapi sebab dah terlebih tidur! Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan lena, korang perlu jaga waktu tidur dan latih diri untuk tidur pada masa yang terlah ditetapkan! Baru bila bangun nanti akan rasa segar dan bertenaga! Yay!

MUDAH STRESS

via GIPHY

Did you girls know yang ada kajian membuktikan orang yang suka tidur lama-lama berisiko untuk hadapi depression dan mudah stress. Kebanyakkan mereka yang hadapi masalah depresi akan habiskan masa dengan tidur sebagai cara untuk ‘lari’ daripada masalah. If #Lunagirlshadapi situasi ini, please let your parents know okay girls?

OTAK KURANG BERFUNGSI DENGAN BAIK

via GIPHY

Apabila terlebih tidur, mesti akan rasa mamai sampai minda korang susah untuk menerima maklumat dengan pantas. Pakar ada menyatakan bahawa sistem otak yang berfungsi selama 24 jam akan terganggu bila terlebih tidur dan akan memberi kesan pada struktur otak tau!

via GIPHY

Sebenarnya, kita dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari tau! Kalau #Lunagirls nak bangun awal untuk study, make sure tidur awal supaya badan akan rasa segar dan bersedia untuk study. Remember girls, always take care dan kalau #Lunagirls ada masalah tidur, please rujuk pada doktor ya? xoxo~~

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Girls, Breakfast Sangat Penting Tau! Sebab…

Be Positive Dan Sayangi Diri!