in ,

Alamak..Apa Nak Buat Kalau Parents Selalu Gaduh?

Sumber gambar: unsplash.com

Hi korang! Tak semua orang beruntung dapat one happy family.. Setiap family ada masalah dan cabaran mereka tersendiri! But it’s okay girls.. Walau macam mana pun, air di cincang tidak akan putus! Kalau parents asyik bergaduh..kakak dan abang pun tak selalu ada.. jangan stress okay! LUNARIA ada untuk korang.. Ini antara tips yang boleh korang lakukan kalau parents selalu bergaduh..

LUAHKAN PERASAAN

via GIPHY

Cari waktu yang sesuai untuk luahkan perasaan korang dekat your parents. #Lunagirls share apa yang korang rasa bila dengar parents bergaduh. Jujur adalah lebih baik girls! Sangat penting untuk parents tahu situasi ini akan beri kesan kepada korang sedikit sebanyak tau..

SET WAKTU SESUAI

via GIPHY

Bila tengah marah, semua benda tak kena! Apa kata bila parents dah cool down, #Lunagirls ajak duduk sekali tengok TV dan cuba untuk tanya mereka.. Kalau tak berani nak bagi dua-dua berjumpa at the same time, korang pergi tanya dekat your mom or dad dan tanya mereka apa yang berlaku.. Tapi korang tak boleh berpihak antara mana-mana okay!

FAHAMI MEREKA

via GIPHY

Setiap perselisihan faham mesti ada sebab tertentu dan perkara ini sangat normal! Jangan fikir yang kalau bergaduh mesti akan berpisah… #Lunagirls cuba heart to heart dengan mereka and tanya apa masalah yang sebenarnya.. Korang boleh cuba untuk bantu parents untuk fahami hati mereka kembali okay!

CARI SUPPORT

via GIPHY

Kalau #Lunagirls tak mampu untuk handle perkara ni seorang, korang boleh cari someone yang boleh di percayai untuk share masalah dan cuba minta pendapat! Korang boleh je minta tolong daripada your grandparents.. Maybe bila atuk atau nenek korang dah tahu hal ni, your parents akan kurang bergaduh dan cuba untuk berbaik semula.

Sebagai anak, kita kena pastikan semua ahli keluarga kita dalam keadaan yang baik supaya boleh hidup bersama and happy together! Baik buruk mereka kita je tahu! Lots of love untuk #Lunagirls!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

#Lunagirls Pengguna Android? Elakkan Apps Ini!

Harga Buku RM3 Je? Jom Usha #BBW2018!