in ,

Alaaa Malasnya Nak Bangun…

Sumber gambar: www.fireflydaily.com

Hi si cantik! LUNARIA faham sangat situasi bila dah tidur awal pun masih rasa malas nak bangun! Haha! Ada pula sampai tak nak tinggalkan katil dengan selimut yang best tu! Haa #Lunagirls nak tahu beberapa cara boleh korang amalkan untuk dapatkan mood bangun pagi yang ceria dan segar? Here it is girls~~

BUAT REGANGAN

via GIPHY

Bila #Lunagirls celik mata waktu pagi, jangan terus bangun mengejut tau! Sebab otot badan korang akan rasa terkejut. Adalah lebih baik untuk buat regangan kecil contohnya regangan tangan dan kaki. Paling simple pusing-pusingkan kepala ke kanan dan ke kiri okay girls?

BARING 5 MINIT LAGI

via GIPHY

Dengan cara ni badan korang akan lebih tenang, fokus, sistem pernafasan pun akan berjalan dengan lancar dan badan pun tak rasa lesu. Tapi make sure baring tu tak sambung tidur lah ya girls. Hehe! Kalau terlajak tidur, mmm bahaya tu!

MINUM AIR MASAK CAMPUR LEMON

via GIPHY

Kalau sebelum ni #Lunagirls biasa minum air masak once bangun tidur, lepas ni cuba minum air masak campur lemon! Air ni akan jadi your favorite every time bangun pagi. Hehe! Air masak perahan lemon akan bantu lancarkan sistem pencernaan serta memberi nutrisi kepada sel otak dan saraf.

DENGAR LAGU

via GIPHY

Start your day dengan lagu-lagu yang ceria untuk naikkan mood for the whole day! #Lunagirls boleh juga buat 1 folder playlist khas untuk lagu naikkan semangat setiap pagi. Every time ada lagu baru yang korang suka, just add on that list girls!

KEMAS KATIL

via GIPHY

This is the most important things girls dalam banyak-banyak tips dekat atas, biasakan diri kemas katil selepas bangun tidur supaya minda akan rasa lebih tenang. Ada fakta yang mengatakan kemas katil sihat untuk kesihatan mental tau!

via GIPHY

Siapa tak suka tidur kan? Hehe! Lagi-lagi bila hujung minggu, dah penat 5 hari sekolah, dapat pula tidur hari Sabtu, aishhhhh rasa macam nak melekat atas katil! Haha! Tips tadi #Lunagirls boleh amalkan setiap hari sebelum pergi sekolah supaya mood happy ‘meresap’ dalam diri!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ohh Aiskrim… Oh Coklat… Sedapnyaa!

Alaa, Janganlah Luahkan Perasaan Di Media Sosial…