in ,

Sambut Birthday Dengan Bajet Ciput!

Sumber gambar: Unsplash.com

Nak sambut birthday BFF tapi tak cukup budget la pulak…

via GIPHY

Hold on girls! Jangan give up sebelum cuba plan birthday party untuk  BFF korang! Budget low tu bukan penghalang.. effort kena ada! Hihi! LUNARIA ada idea simple party untuk korang celebrate your BFF’s birthday tau girls.. Korang boleh buat party…

TEA PARTY

Sumber gambar: wikiHow

Class tuition petang cancel? #Lunagirls boleh buat tea party picnic halaman rumah dengan BFF korang sambil celebrate birthday dia! Nak lagi jimat, buat air sendiri and order some cupcake or sweets untuk korang enjoy sama-sama.. Hehe! Hias sikit halaman rumah dengan balloon atau alas bunga-bunga!

PAJAMAS PARTY

Sumber gambar: Blibli.com

Sambil celebrate birthday boleh lah membawang dengan BFF dekat rumah! Ajak semua BFF tidur dekat rumah dengan tema baju tidur, malam tu boleh tengok movie juga tau.. Bila diorang leka tengok movie tu, boleh la keluarkan kek! Sambil makan kek tu, korang boleh mainkan Playlist Hot X untuk meriahkan lagi suasana.. Mesti lagi best! 

POTLUCK PARTY

Sumber gambar: Priscilla Davis Studio

Paling jimat dan paling senang! Suruh semua BFF rapat bawa makanan masing-masing dan kumpul dekat mana-mana taman yang best! Makanan dah settle, korang hanya kena hiaskan sikit area taman tu supaya nampak lagi cantik!

KARAOKE PARTY

via GIPHY

Cara ni #Lunagirls perlukan pengawasan orang dewasa tau.. supaya korang dapat kebenaran untuk masuk dalam pusat karaoke tu! Hihi! Bawa a few prop macam crown, balloon, topi birthday, selempang party and banyak lagi! Mesti best sebab tempat tu lebih tertutup dan dapat menyanyi sepuas hati.. Korang boleh nyanyi berapa lama korang nak but make sure bersihkan semula bilik tu okay!

Senang je kan nak buat party with low budget? Hehe! Kalau korang suka idea LUNARIA ni, boleh la try nanti.. Tak semestinya untuk BFF, boleh je buat untuk family korang yang lain! Nanti jangan lupa tag LUNARIA tauu~~

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

HELLO! Kalau Dah Toxic Friend Tu Mengaku Je La…

‘Me Time’ Sepatutnya Macam Ni…