in ,

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sebelum Berbuka Puasa

Sumber gambar: Pinterest.com

Salam Ramadhn day ke berapa guys? PKP pun dah tak ingat hari ke berapa, ini kan pula puasa. Semuanya rasa sama je, tak ada beza.

So far macam mana Ramadhan korang dekat rumah? Ada yang dah pecah puasa ke tu? Amboi, duduk dekat rumah pun boleh pecah puasa ke? Kalau penat tu tak tahu la kenapa, mungkin penat nak fikir apa nak buat lepas ni kan? Korang sendiri mesti dah tak tahu apa nak buat dekat rumah since kita semua dah sebulan lebih #StayAtHome kan.

Dengan bulan puasa ni, lagi la tak tahu nak buat apa. Maklum la, kena simpan tenaga sampai Maghrib nanti. Since korang tak tahu apa nak dibuat dah sementara tunggu waktu berbuka puasa, Ainaa nak suggest beberapa aktiviti yang bermanfaat untuk kita semua. Jom check it out!

MENGAJI ATAU BERZIKIR

Ajar mengaji online | Harian Metro
Sumber gambar: HarianMetro

Maklum la, bulan puasa ni kalau boleh kita nak buat banyak kebaikan. Apa salahnya kita buat kebaikan dengan tambah pahala puasa? Boleh jadi waktu biasa korang tak berkesempatan nak mengaji setiap kali lepas solat. Sekarang ni pun biasanya korang tak ada aktiviti nak buat, boleh la mengaji sekejap. Kita buat challenge setiap kali lepas solat, baca satu helai muka surat Al-Quran. Tapi kalau nak buat lebih pun tak ada masalah, lagi bagus ada la. Mana tahu sepanjang bulan Ramadhan ni, korang boleh khatam satu Al-Quran? Parents korang mesti happy dengan apa yang korang buat ni. At the same time, boleh juga korang hafal zikir-zikir lain selain zikir harian. Fahami sekali maksud sebalik zikir tu ya.

TOLONG MAK MASAK

via GIPHY

Setiap hari mak asyik masak je, sampai korang pun dah penat tengok mak korang dekat dapur tu. Tapi biasa la, mak kita pun bukan tahu erti penat bila memasak tu. Lagi-lagi bila masak untuk satu family, mesti dia lagi suka, dapat pula korang jenis kalau makan memang akan tambah dua tiga kali. Sementara tunggu waktu berbuka tu, boleh la tolong mak korang masak sekali dekat dapur tu. Cepat sikit makanan siap kalau ada banyak bantuan tambahan kan. Bukan setakat cepat siap je, makanan pun akan ada banyak jenis sebab ramai orang yang cuba untuk tunjukkan skill masakan. Kalau banyak makanan lebih, boleh la panaskan semula untuk makan waktu sahur nanti kan.

AKTIVITI LUAR RUMAH

Siram pokok bunga | MF Husna Arissa | Flickr
Sumber gambar: Flickr

Rumah korang ada pokok bunga? Mesti mak korang ada tanam bunga kan? Korang pergi la tolong siram semua pokok bunga tu. Sapu sikit sampah atau pasir dekat halaman rumah. Sambil mak masak dekat dapur, korang tolong bersihkan kawasan rumah. Mesti mak korang pun happy juga sebab kerja dia dekat luar rumah dah tak banyak. Nak lagi cepat dan mudah, ajak semua adik-beradik yang ada dekat dalam rumah tu untuk tolong sekali korang bersihkan apa yang patut. Lagi best kalau mak korang ada tanam sayur-sayuran, boleh la petik sekali dan dijadikan bahan masakan untuk berbuka nanti. Jimat duit tak payah beli sayur, hehe!

CHECK OUT LUNARIA

Apa lagi guys, korang dah tengok belum video baru kami? Dah follow ke semua social media kami dekat Instagram, Twitter, Facebook dan subscribe Youtube channel Lunaria TV? Kalau belum, korang memang rugi sebab kami ada banyak sangat content yang menarik sempena bulan Ramadhan dan PKP ni. Korang mesti takkan rasa bosan punya la. Apa? Dah tengok video baru kami? Jangan risau, kami ada banyak video lama yang korang boleh tengok. Ehem, jangan lupa juga follow IG geng Lunaria tau, hehe!

Banyak je aktiviti yang korang boleh buat sebenarnya, tapi kalau boleh kita taknak la buat aktiviti yang berat sangat. Maklum la, kan kita tengah berpuasa, tak boleh membazir banyak tenaga, nanti ada yang jadikan alasan untuk pecah puasa pula.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Puasa Korang Akan Sia-Sia Sebab Perkara Ini…

Tips Untuk Akak Bawang Berhenti Membawang!