in ,

Aktiviti Rare Yang Terjadi Bila Lama Tak Keluar Rumah

Sumber gambar: Tumblr.com

Wowww, hari ke-12 dah kita menjalani kehidupan RMO dekat rumah. Petak dah kepala tak tahu nak buat apa.

Hi girls! Korang tengah buat apa tu? Macam mana hari korang? Ada baik? Apa aktiviti harian korang sepanjang RMO ni? Mesti dah banyak benda yang korang buat kan? Sama la kita, Ainaa pun sampai tak tahu dah nak buat apa. Tapi bosan bosan pun jangan sampai buat benda merepek ya. Biasanya kalau bosan ni, benda merepek memang jadi perkara yang paling kita teringin nak buat. Harapnya dalam rasa bosan sangat dah lama tak keluar tu jangan pula korang buat benda merepek contohnya…

DRESS UP KE DAPUR

via GIPHY

Ha, dah sampai dah mood masuk air korang tu sampai dress up ke dapur ya. Siap boleh pula pusing-pusing shawl pakai cantik-cantik, padahal nak makan dekat dapur je. Feeling konon-kononnya tengah breakfast dekat kedai ya. Jangan sampai buat macam tu ya. Jadi bahan gelak family je nanti, haha! Tapi boleh jadi perkara tu akan berlaku tau sebab Ainaa pun ada terfikir nak buat macam tu sebab rasa macam lama sangat dah tak pakai cantik-cantik, bersiap pakai tudung. In case korang memang dah dress up tu, posing la sikit buat gambar OOTD, boleh post dekat Instagram, hehe!

IG LIVE DENGAN STRANGERS

ikmalamryours ✨ sur Twitter : "Wahhh Ikmal Amry invite random ...
Sumber gambar: Twitter

Waktu bosan macam ni, dapat LIVE dekat Instagram pun best juga tau. Ainaa pun sejak-sejak RMO ni, seminggu dalam dua tiga kali juga la buat LIVE IG, hehe! Best tau sebenarnya bila dapat buat IG LIVE ni, dapat berinteraksi dengan korang semua! Hmm, tapi apa yang bahaya pula ialah kalau korang LIVE IG dengan strangers. Itu sangat bahaya. Macam mana boleh LIVE dengan strangers? Tu yang korang accept request nak LIVE sekali tu, melalui itu la korang boleh terus LIVE dengan mereka. Kita dah la tak tahu siapa pemilik akaun tu, takut pula bila buka kamera dia tengah buat benda tak senonoh. Eeeii, seram! Kita bukan kenal pun setiap seorang yang follow IG kita tu kan?

MAIN PHONE 24 JAM

via GIPHY

Bangun tidur, phone. Mandi, phone. Makan, phone. Pergi toilet, phone. Setiap masa mesti sibuk dengan phone je sampai tak boleh berenggang dengan phone langsung. No! Jangan sesekali buat macam tu tau. Bosan macam mana pun, jangan asyik main phone je. Rosak la mata korang lepas ni kalau asyik mengadap phone je. Phone tu pun boleh rosak dengan cepat sebab asyik nak kena charge setiap masa. Belum termasuk korang charge guna power bank lagi. Makin singkat la jangka hidup bateri phone korang. Ainaa faham korang bosan sangat, tapi cuba cari aktiviti lain dan bukannya hanya mengadap phone je. Bagi masa untuk mata dan otak kita berehat sekejap daripada tengok phone yang cerah tu.

TIDUR SEPANJANG HARI

babe | via Tumblr - image #2884697 on Favim.com
Sumber gambar: Favim

Hari ni hari apa ya? Semalam hari Ahad rupanya? Ehh dah pukul 1 tengahari? Ingatkan baru pukul 9 pagi. Aduhh penatnya tidur!

Eh? Tidur pun dah penat ke? Bukan ke korang memang suka tidur? Hehe! Mesti dah penat mak korang nak membebel suruh korang bangun setiap hari. Cuti tu cuti juga tapi jangan la sampai tidur sehari suntuk. Banyak lagi benda lain yang korang boleh buat contohnya makan ke? Nak tahu tak, kalau kita terlebih tidur ni nanti confirm sakit kepala. Bukan tu je, badan pun akan rasa lenguh-lenguh dan sakit. Iya la, sehari suntuk asyik baring je, memang sakit la belakang tu.

Ainaa faham sangat perasaan korang semua tu. Tapi apa kita nak buat kan? Semua tu demi kesihatan dan keselamatan kita ya. Kita ikut je arahan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan pihak berkuasa okay!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Artis Malaysia Yang Suka Main Tiktok

Jangan Percaya Berita Palsu! 4 Sumber Info Covid 19 Yang Boleh Korang Percaya