in ,

Aktiviti Mudah Dalam Rumah Rupanya Salah Satu Senaman #ZoExercise

Sumber gambar: instagram.com/zoe_lunaria

Ramai orang selalu fikir bahawa kalau nak bakar kalori sahaja, mesti kena bersenam, angkat berat, kardio atau buat banyak workout sahaja. Tapi untuk pengetahuan korang semua, sebenarnya banyak lagi aktiviti simple yang selalu korang buat dalam rutin harian dalam rumah sahaja yang boleh bakar kalori juga tau! Dan semua aktiviti ini pun tidak perlukan masa yang lama seperti korang spend masa di gym dan boleh dilakukan kurang dari setengah jam sahaja. Nak tahu apa sahaja aktiviti itu? Jom tengok apa yang Zoe nak share!Β 

SAPU ATAU VACUUM RUMAH

Sumber gambar: zoe_lunaria

Tidak dinafikan sapu rumah memang selalunya buat kita penat sebab badan kita perlu membongkok nak sapu dan sedut sampah itu menggunakan vacuum. Jadi, bila bahagian pinggang korang banyak bergerak secara tidak langsung ia akan buatkan kaki korang kuat sebab perlu berdiri lama. Sapu dan vacuum rumah ini juga membantu untuk kuatkan jantung korang dan sebanyak lebih kurang 120 ke 140 kalori korang akan dibakar tau kalau korang rajin sapu rumah!Β 

MOP RUMAH

Sumber gambar: zoe_lunaria

Selepas sapu rumah, memang rasa tak senang duduk tau kalau tak mop lantai itu sekali. Biasanya, kalau mengemop rumah kita akan gunakan dua tangan kita sebab ia tidak sama seperti menyapu dan vacuum. Jadi bila dua tangan bergerak, automatik bahu dan tangan korang bersenam secara tidak langsung. Apa yang best dari aktiviti mengemop rumah ini juga adalah kalori korang akan dibakar lebih kurang dalam 110 ke 190 kalori jika korang mengambil masa 30 minit nak mengemop rumah itu.

IRON BAJU

Sumber gambar: zoe_lunaria

Antara aktiviti yang paling dibenci orang setiap orang dirumah sebab kena hadap panas waktu nak iron itu. Apa yang korang tak tahu, menggosok baju ini sebenarnya antara aktiviti yang paling terbaik semasa di rumah sebab suhu panas pada seterika itu dia akan beri tindak balas pada badan korang dan akan bakar kalori dengan lebih banyak. Jika korang menggosok baju dalam keadaan duduk lebih kurang 140 kalori akan dibakar dan kalau berdiri akan jadi lebih banyak sebab korang akan guna lebih banyak tenaga.

MEMASAK

Sumber gambar: zoe_lunaria

Memasak di dapur pun sebenarnya boleh membakar kalori korang juga tau! Ini sebab korang kena berdiri, lepas itu nak kena ulang alik siapkan bahan lagi, nak siang ikan, potong sayur dan ambil garam, gula perasa lagi yang memang akan ada banyak pergerakan. Lebih kurang 150 kalori badan korang akan dibakar tau semasa memasak! Jadi rajin-rajinkan lah diri korang untuk memasak ya selepas ini! Haha!

CUCI DAN JEMUR BAJU

Sumber gambar: zoe_lunaria

Nampak macam tidak logik bukan? Tapi mencuci dan menjemur baju yang sangat mudah ini pun mampu membakar kalori korang lebih kurang 140 ke 150 kalori juga tau! Ini tidak kira sama ada korang basuh gunakan tangan atau pun mesin basuh. Tanpa sedar, korang akan buat squat sewaktu aktiviti tau! Belum lagi korang bangun semula dan duduk lagi, memang mencuci dan menjemur baju ini sangat function tau!

Ha! Nampak tak? Hanya dengan lima aktiviti ini sahaja, kalau korang buat semua setiap hari. Lebih kurang 500 ke 600 kalori korang akan dibakar secara automatik tau! Belum lagi, kalau korang siap makan dan jaga diet korang setiap hari. Memang ia akan jadikan badan korang lebih cergas dan sihat.Β 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ketahui Personaliti Diri Daripada Cara Berjalan

Lagu K-Pop Paling On Dijadikan Alarm Sahur Korang