in ,

Aktiviti Menarik Di Taman Botani Shah Alam Selain Dating

Sumber gambar: jomjalan.com.my

Seronoknya kalau dapat spend time whole day dengan family dekat tempat best! Asyik lepak dekat rumah je, nak juga jalan-jalan dekat luar.

Apa dia tadi? Nak lepak dengan family for the whole day sama-sama? Siapa cakap nak spend time dengan family kena keluarkan banyak duit? Budget under RM50 pun dah boleh dapat, even under RM20 pun korang boleh nikmati aktiviti yang best dengan orang tersayang! Pernah dengar Taman Botani Shah Alam atau biasanya orang panggil Bukit Cerakah? Di sana ada banyak benda best korang boleh buat tau sebab tempat itu sangat unik dan luas. Jom LUNARIA suggest apa aktiviti best yang korang boleh buat dekat sana.

RUMAH IKLIM SEDERHANA EMPAT MUSIM

Image result for rumah iklim sederhana empat musim
Sumber gambar: Yoy

Biasanya kalau nak rasa musim salju atau musim yang lain kena pergi oversea betul tak? Haa, this time no need okay sebab korang boleh ke Taman Botani Shah Alam untuk merasai sendiri pengalaman empat musim. Di sana ada empat rumah iklim which is musim bunga, musim salji, musim panas dan musim bunga. Tidaklah feeling 100% tapi dapat juga berangan dekat luar negara. Setiap rumah ada harga yang korang perlu bayar dan jangan risau tak sampai RM10 pun untuk setiap rumah.. Make sure korang pergi pada waktu yang sesuai untuk setiap musim sebab setiap musim akan berubah setiap tiga bulan sekali. Google sikit okay untuk additional information tentang musim ini semua.

FELLING DEKAT SAWAH PADI

Sumber gambar: Lunaria

Once korang jejak kaki ke sana, tempat pertama yang korang akan nampak ialah taman padi. Sawah padi terbentang luas dekat tengah Taman Botani. Confirm tenang jiwa, for those yang tak pernah tengok pokok padi depan-depan, boleh ke sana sebab padi 100% original tau. Bukan padi plastik atau buatan manusia ya. Tanaman padi dekat sana pun ikut musim juga, takut waktu korang datang  padi dah dituai, tak dapat tengok padi menghijau. Ambil gambar sekali dekat sana, baru orang ingat korang ada dekat tengah kampung yang ada sawah padi. Padahal dekat Shah Alam je pun, hehe! Dekat situ pun ada pondok yang disediakan untuk pengunjung. Nak berkelah dekat situ pun boleh guys, bawa makanan dan minuman terus lepak makan-makan.

KAMPUNG CHALET DAN KAMPUNG IDAMAN

Image result for kampung idaman taman botani
Sumber gambar: alfa.edu

Tak complete jelajah Taman Botani korang tanpa singgah dekat kawasan kampung dan chalet dekat sana. Apa yang bestnya dekat sana siap ada penginapan lagi for those yang nak merasai pengalaman tidur dekat dalam kawasan taman itu. Let say kalau nak buat family day pun onz juga dekat situ sebab boleh sewa sekali rumah. At the same time ada juga kawasan yang dipanggil kampung idaman yang mana terdapat banyak chalet yang terdiri daripada rumah-rumah tradisional mewakili setiap negeri yang ada dekat Malaysia. Bermula dari rumah negeri Perlis sehinggalah ke Johor.

CYCLING TIME

Image result for berbasikal di taman botani shah alam
Sumber gambar: ajlaarasid

Guys, ingat kalau jalan kaki boleh sampai ke nak tawaf kawasan Taman Botani? Korang kena ada transport dekat dalam itu, antara transport yang ada ialah basikal dan motor elektrik. Sewa sahaja untuk beberapa jam, confirm enjoy! Tapi let say kalau tak larat dan nak berbasikal dekat sana, korang boleh naik mini bus yang disediakan secara percuma untuk ke destinasi dekat dalam Taman Botani. Jujur Ainaa cakap, korang memang perlukan transport dekat dalam itu kalau nak jalan-jalan sebab kawasanya luas sangat! Lagi bagus kalau datang pagi sebab boleh spend time lebih sikit dekat sana.

Confirm sekali korang datang ke sana mesti nak pergi lagi sebab kawasan dekat situ sangat menenangkan! Rasa macam masuk dalam kawasan hutan yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan segar dan pokok yang rendang. Actually ada banyak lagi tarikan best dekat sana, tapi kalau nak list dekat sini memang takkan habis. Sebab itu korang kena pergi sendiri tau. Weekend ini ajak family korang pergi sana okay!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Benda Menarik Dan Rare Tentang 7E Thailand

Telemovie Melayu Best Korang Wajib Layan Cuti Ini