in

Aktiviti Last Boleh Buat Dekat Rumah Sebelum Mula Sekolah

Sumber gambar: careentan.com

Alaa, tak bestnya dah nak sekolah. Kejap je rasa cuti ni. Tak puasnya school holiday kali ni!

Ehh, tak puas lagi nak cuti? Banyak sangat ke aktiviti yang korang buat sepanjang cuti ni sampai tak puas nak bercuti? Jangan seronok sangat lama cuti tu, sekolah pun penting tau korang! Since cuti sekolah dah nak habis ni mesti korang pun ‘excited’ nak masuk sekolah kan? Hehe! Tak pe, nanti bulan 3 kan ada cuti lagi? Boleh la sambung holiday tu. Berbaki beberapa hari je nak habis cuti ni, mesti korang pun taknak sia-siakan cuti. Jom kita buat beberapa aktiviti ni sebelum masuk sekolah!

SIAPKAN KERJA SEKOLAH SIS

via GIPHY

Haha! Dah puas cuti kan? Kerja sekolah tu semua dah siap ke belum? Jangan ingat cuti je, homework tu pun penting ya. Risau nanti naik cuti terus kena rotan dengan cikgu sebab tak siap kerja sekolah. Tengok balik semua buku sekolah korang haritu dan ingat semula maybe ada lagi homework yang tertinggal. Ada lagi dua tiga hari je ni, sempat lagi tau nak siapkan. Jangan tangguh lagi, nak taknak memang kena buat ya. Dah masuk tahun baru, takkan nak bawa sikap tahun 2019 ke tahun 2020 pula? Ajak la sekali adik-beradik korang yang lain buat homework sama-sama. Baru la best, maybe mereka boleh tolong korang siapkan kerja sekali ke, hehe!

SIAPKAN BARANG SEKOLAH JUGA

Image result for barang sekolah
Sumber gambar: Tentangyaya

Ingat homework je kena buat, rupanya barang sekolah pun kena siapkan juga ya, haha! Double check semua barang sekolah, cukup atau tak. Baju sekolah, tudung, kasut, stokin dan semua la. Make sure dah siap gosok awal, nanti tak ada la nak kelam kabut pagi nak ke sekolah tu. Kalau korang dah ada semua uniform untuk ke sekolah, iron je terus semua tu lagi senang. Seminggu sekolah, seminggu terus iron. Ada banyak masa dah rasa lebih rajin? Iron sekalu uniform adik-beradik yang lain, haha!

SPEND TIME DEKAT RUMAH DENGAN FAMILY

via GIPHY

Let say la cuti sekolah ni kerja korang asyik berjalan je dengan kawan-kawan atau family, untuk hari cuti berbaki ni why not duduk je dekat rumah. Kemas rumah ke, tolong mak masak pun bagus juga. Lagi best kalau dapat buat aktiviti dengan mereka semua, mestu lagi enjoy walaupun sekejap je. Kata orang aktiviti sekejap ni la yang paling bermakna kan? Korang boleh ajak satu family bersihkan kawasan rumah, tanam pokok, basuh kereta atau kemas bilik korang tu! Mesti banyak lagi barang yang korang perlu asingkan dari dalam bilik tu kan? Ini la masanya untuk ajak adik-beradik yang lain tolong settle semua barang tu.

KITA STUDY SIKIT BUAT SEDAP HATI

via GIPHY

Hehe! Waktu cuti taknak study, dah nak masuk sekolah sibuk baru nak study? Tak terlambat dah ke nak study?

Ehh, siapa kata dah terlambat? Kalau soal study ni tak pernah ada istilah terlambat, anytime korang boleh study. At least kalau korang baru nak study sekarang, nanti masuk sekolah tak ada la korang terlupa banyak benda yang dah pernah belajar sebelum ni. Nak recap semua subject pun senang je sebab korang masih ingat semua benda. Tak kisah la nak study subject apa pun atau pembelajaran lama atau baru. Lagi banyak korang study, lagi banyak benda korang boleh ingat dan faham.

Korang mesti dah tak sabar nak masuk sekolah kan? Ye la, boleh jumpa dengan kawan-kawan, mesti la best. Banyak benda nak story dekat BFF ke tu? Bersembang tu jangan sampai abaikan pengetua bagi ucapan dekat depan tu nanti ya. Selamat bersekolah semua!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Happy Birthday V BTS! Ini Vintage Style V Yang Boleh Korang Cuba!

Top 10 K-Pop Idol Paling Popular 2019