in ,

Aktiviti Kuarantin Gaya BTS Korang Boleh Cuba!

Sumber gambar: youtube.com/BANGTANTV

Korang semua mesti sudah tahu, bahawa sesi persekolahan tahun ini sudah direhatkan dan hanya pelajar SPM sahaja yang masuk sekolah dan belajar seperti biasa untuk menghadapi peperiksaan SPM akan datang. Jadi, korang semua dah ada idea ke nak isi masa terluang kuarantin musim PKP ini yang bakal berbulan-bulan lamanya ini? Aktiviti apa sahaja yang korang dah rancang? Jika dah ada, memang bagus sangat! Tetapi untuk korang yang masih bosan dan tak tahu nak buat apa itu, why not korang cuba aktiviti kuarantin yang function sangat macam BTS buat! Eh bukan setakat BTS ARMY sahaja boleh buat. Korang yang tak minat K-Pop ke, BTS ke pun boleh juga cuba. Iya lah, mana tahu boleh isi masa korang yang memang pishang itu. Hehe…

MAIN INSTRUMEN MUZIK

Untuk korang yang ada peralatan muzik di rumah itu, korang boleh lah cuba untuk belajar bermain instrumen muzik. Korang boleh belajar main gitar ke, drum ke, piano ke atau kalau korang suka kan muzik, korang boleh cuba beberapa software yang boleh create instrumen muzik korang sendiri. Mana tahu, lepas saja-saja cuba, korang berminat nak cipta lagu sendiri juga ke? 

MELUKIS 

Selain itu, korang juga boleh cuba belajar untuk serlahkan bakat korang dengan melukis lukisan abstract yang tersimpan dalam minda korang sama seperti Suga BTS buat ini. Kalau nak melukis ini, korang kena endahkan sahaja apa pandangan orang nak cakap buruk ke, cantik ke, atau deep sangat ke makna lukisan korang. Asalkan korang berpuas hati dengan apa yang korang dah buat itu pun sudah memadai. Lagi pun, melukis ini dapat menenangkan minda dan mana tahu boleh kurangkan stress korang bosan di rumah juga…hehe!

BUAT FRIENDSHIP BRACELET

Sumber gambar: twitter BJ

Korang semua mesti rindu kawan-kawan korang kan? Sebab dah lama tak jumpa. Jadi, apa kata kalau korang cuba buat friendship bracelet macam J-Hope buatkan friendship bracelet untuk RM, Jimin dan Suga ini juga. Korang boleh buat nak guna beads ke, charm ke atau crochet sebab semua bahan nak DIY friendship bracelet ini korang boleh dapat di Shopee. Lazada dan banyak lagi online website. Bila dah siap nanti, korang hantar lah kejap di rumah kawan korang. Baru lah sweet

DANCE GAME ONLINE

Sumber gambar: vlive bts

Mesti korang dah lama tak gerakkan badan bila duduk di rumah, betul tak? Apa kata, kita beri peluang untuk badan jadi cergas semula dengan menari? Korang boleh cuba download dan install dance game online ini di rumah yang boleh connect dengan mana-mana device seperti phone dan TV korang. Sekarang ini pun, dah ada banyak aplikasi dance game online ini tau! sebagai contoh Just Dance macam Jin, Suga dan Jimin ini main. Ada banyak lagu yang best tau!

HIAS LIGHTSTICK

Sumber gambar: vlive bts

Akhir sekali, aktiviti ini memang sesuai sangat untuk korang yang minat K-Pop dan ada fandom lightstick korang! Apa kata, daripada lightstick itu nampak kosong dan terlalu plain. Korang hias sikit lightstick itu ikut kreativiti korang. Nak lukis ke, nak tampal manik berkilat ke, nak tambah keychain ke atau lain-lain macam RM dan J-Hope buat ini pun boleh. Baru lah comel sikit lightstick korang bila nak pergi konsert K-Pop idol korang nanti. 

Selepas ini, korang dah tak ada alasan lagi lah untuk cakap bosan tak tahu nak buat apa. Iya lah, nak movie marathon dan drama pun memang letih juga mata, nak main online game pun penat juga duduk berjam-jam lamanya kan? Nak masak selalu pun, idea nak masak apa pun dah tak ada. Jadi, korang boleh cuba macam anggota BTS ini buat. Kalau ada ARMY lain tanya, eh V dan Jungkook buat apa pula waktu kuarantin? V kan tengah gigih buat lagu baru-baru ini dan Jungkook mesti lah busy di gym atau kelas boxing. Hehe! Kata, BTS ARMY sejati? Tak akan tak tahu apa mereka buat? Haha! 

What do you think?

16 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jarak Umur 17 Tahun Tidak Halang Harris Alif dan Intan Ladyana Bercinta?

Ini Antara Sebab Kita Perlu Tidur Pakai Selimut…