in ,

Aktiviti Indoor Cuti Sekolah Di Musim Wabak Covid-19

Sumber gambar: asiaone.com

Yeay! Minggu depan dah mula cuti sekolah! Mesti banyak aktiviti yang best korang dah plan kan? Akan tetapi korang tahu tak yang kes Covid 19 ini dah semakin meningkat di negara kita sendiri? Jadi, apa kata korang utamakan keselamatan diri dan keluarga korang dahulu? Jangan lah pula korang sanggup bahaya kan diri korang terdedah kepada penyakit yang belum lagi ada penawar itu. Dan kalau korang risau bosan semasa cuti sekolah nanti, sebenarnya ada sahaja aktiviti indoor yang sesuai untuk korang buat, kan Covid 19. Jadi, jom kita tengok aktiviti apa yang korang boleh buat.

KEMAS RUMAH

Sumber gambar: impiana

Ya, kan dah cuti sekolah. Kenapa tidak koranh kemas rumah korang? Lebih lagi bilik korang kan? Kita buat dekorasi yang comel sikit lah. Sambil itu, korang boleh bersihkan semua habuk dan lain-lain itu. Sambil itu, korang mop dan lap sekali semua tingkap bilik korang. Mana tahu selepas bersihkan semua kawasan bilik dan rumah itu, silap-silap penyakit Covid 19 pun takut nak datang rumah korang. Hehe

MOVIE MARATHON

Sumber gambar: chellious

Bila dah habis kemas rumah dan bilik seharian itu, esoknya korang boleh lah buat movie marathon dengan adik beradik korang atau mak ayah korang kan? Mesti waktu weekdays korang dah banyak terlepas nak tengok movie kegemaran korang kan? Jadi, ini lah masa korang nak khatamkan semua movie korang! 

BELAJAR MASAK

Sumber gambar: twitter

Dah movie marathon, eh lapar pula kan? Jadi, sambil korang pause nak tengok movie marathon itu korang boleh lah sediakan makanan yang korang nak makan. Kiranya, untuk yang tak pandai masak itu, korang boleh lah cuba belajar memasak. Tak perlu yang berat pun, belajar sediakan snek yang sesuai untuk korang tonton movie marathon itu pun okay dah.

DANCE PRACTICE 

Eh, tiba-tiba rasa macam badan tak berapa nak aktif sebab asyik sangat movie marathon dan makan kan? Nanti bila petang sikit korang boleh lah buat dance practice untuk bakar semula kalori bermalasan korang itu. Kiranya, memang agak aktif juga lah korang walaupun duduk rumah semasa cuti. Korang bukan setakat dapat hiburan, tapi makan yang best, gaya hidup sihat dan rumah pun bersih, setuju tak?

Jadi, tak perlu lah korang nak beria ambil risiko untuk kerap terdedah dengan kawasan luar semasa wabak Covid 19 ini sedang menular kan? Bukan tak boleh keluar langsung tetapi korang perlu terhadkan tempat yang korang nak pergi itu sebab orang kata lebih baik mencegah daripada merawat kan? Nanti tak pasal dah buka sekolah korang kena kuarantin kan diri di rumah, lagi bosan tau. Hehe

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Buat Hand Sanitizer Selamat Dan Jimat!

Lagu Girl Group Throwback Korang Boleh Cuba Layan