in ,

Aktiviti Hujung Tahun Dengan Family? Wahh Bestnya!

Sumber gambar: Unsplash.com

via GIPHY

Weehhooo! Lagi beberapa hari dah nak masuk tahun 2019! Cuti sekolah pun tinggal sipi-sipi je ni kan… Hmm apa agaknya yang kita boleh buat hujung tahun ni ya? Haaa, LUNARIA ada idea untuk korang buat sebelum masuk tahun 2019!

PRACTICE DIRI UNTUK BACK TO SCHOOL

via GIPHY

Dah lama sangat bercuti, mood sekolah pun dah hilang kan. But girls, apa pun kena cari gali balik mood sekolah tu supaya korang boleh prepare untuk alam persekolahan yang baru! Ye la, dekat sekolah pun ada cabaran yang kita kena hadapi tau.

SPEND TIME DENGAN FAMILY

via GIPHY

New year tu, new year juga tapi jangan la sampai abaikan family atas alasan nak hang out dengan member. Tak perlu pergi jauh, cukup hanya dengan ajak satu family buat aktiviti bersihkan rumah. Rumah bersih, family pun happy!

SHOPPING TIME!

via GIPHY

Hujung tahun ni la banyak Year End Sale dekat shopping mall! Apa lagi girls, ajak la family korang pergi shopping. Korang pun boleh la cari barang keperluan sekolah. Ha, barang sekolah je tau, bukan barang peribadi ya. Hehe!

KEMAS BILIK

via GIPHY

Dah spend time kemas rumah dengan family, sampai masa untuk korang clean bilik sendiri pula! Buang segala khazanah lama yang tak berkenaan, at least nanti ada la ruang dekat bilik. Kalau ada baju yang masih elok tapi dah tak muat, boleh la sedekahkan pada orang yang memerlukan.

REFLEKSI DIRI

via GIPHY

This is the most important things selain tetapkan azam tahun baru. Cuba ingat balik apa kejayaan atau kegagalan yang korang dah hadapi sepanjang tahun 2018. Usaha supaya tahun baru ni korang nak jadi better person yang dapat banggkan parents…

via GIPHY

LUNARIA harap all #Lunagirls happy sepanjang school holiday haritu. Holiday tu holiday la juga, tapi ingat ya sekolah tu penting juga sebab dekat situ la kita akan corak masa depan sendiri. Happy new year girls~

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

PUBG Jatuh Rating, Sebab…

Lip Tint Buat Bibir Lebih Hitam Tau!