in ,

Aktiviti Di Rumah Khas Untuk Geng Mudah ‘Pishang’

Sumber gambar: www.nytimes.com

Ha! Korang apa khabar? Ini dah hari keberapa duduk rumah? Mesti ada yang tengah kebosanan tahap paling tinggi betul tak? Sebab dah tak tahu sangat nak buat apa lagi. Kemas rumah dah, kemas bilik dah, belajar masak dah, baca 10 buku pun dah, tonton 3 drama Korea pun dah apa lagi eh kita nak buat sampai 31 Mac nanti? Korang mesti dah “pishang” sangat kan! Okay lah, untuk korang yang dah complete semua hal tadi. Ada lagi beberapa aktiviti yang korang boleh cuba buat di rumah semasa kuarantin Covid 19 ini.

TRY VIRAL FOOD & DRINK

Sumber gambar: klfoodie

Di social media, ramai sudah mula kongsi resepi mudah untuk chef beginner.. Korang scroll je dan pilih yang mana sesuai dengan citarasa korang okay! Buat masa sekarang tengah viral Dalgona coffee.. Cara membuatnya mudah saja, 1:1:1 kopi, gula dan air, korang kacau guna mixer sehingga jadi foam dan letak dalam secawan susu. Memang senang bukan? Dalgona coffee memang tengah trending sangat sekarang dan kalau korang memang gian sangat nak minum kopi, bolehlah cuba buat dalgona coffee okay! Buat sendiri lebih sedap tau! Tak perlu beli mahal-mahal dah! 

LIVE IG HOME WORKOUT

 

View this post on Instagram

 

See you at 10am IG/FB 🌸 Covid-19 HomeWorkout 22 March 2020 Rutin #5 – Basics Total Body For Beginners ——————————– Jumping Jacks Wall Sits Push Ups Cruches Step Ups Squats Triceps Dips Plank Butt Kicks Lunges Push Up Rotations Side Planks Jumping Jacks ——————————– 20sec/exercise. 20sec rest between exercises. 3 rounds. 1min rest between rounds. Equipment: Chair – Weights: Optional #covidhomeworkout #covidhomeworkout #covidhomeworkout

A post shared by Kevin Zahri (@kevinzahri) on

Korang tunggu apa lagi? Memang ramai sangat coach yang mahal-mahal kena bayar dekat gym sekarang ini mereka buat Instagram Live tau dekat masing-masing punya akaun untuk buat zumba, pilates, tabata, banyak lagi tau! Korang cari jadual mereka di Instagram pasti jumpa! Bila petang-petang, kalau bosan korang exercise sikit, baru sihat. Taklah asyik makan saja kerja korang semasa di rumah betul tak? Risau habis MCO nanti badan naik pula! 

NETFLIX

Sumber gambar: mtlblog

Uish! Memang rugi tak gunakan masa sekarang untuk habiskan cerita yang banyak season itu di Netflix tau! Rugi sangat! Nanti bila semua dah reda, korang siap lupa tau episode ke berapa korang tengok. Jadi, bila ada masa sekarang. Korang tonton saja Netflix puas-puas okay!

HIPSTER COOKING

Sumber gambar: twitter

Sekarang ini juga masa korang boleh belajar masak makanan hipster yang harganya memang mahal di kedai dan kafe luar sana. Korang juga boleh buat banyak mana korang nak, nak masin ke, tawar ke, pedas ke, ikut suka hati korang pun boleh tau. Hiasan hidangan pun ikut kreativiti korang pun korang boleh practice juga sambil itu.

Ha, kalau dah buat semua aktiviti ini, korang rekod masuk media sosial korang dan join kawan-kawan lain dengan letak #stayathomechallenge. Tak silap satu dunia trending tau dengan hashtag ini. Macam-macam ya orang zaman sekarang ini. Tak apalah, asalkan korang semua betul-betul duduk di rumah dan tak keluar merayau sudah, nanti kalau abang polis atau abang askar tangkap dan marah korang nanti, sia-sia sahaja. Banyak saja lagi aktiviti korang boleh buat di rumah itu okay! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments