in ,

Aktiviti Best Di Hari Pertama Sekolah

Sumber gambar: mmu.edu.my/2018

Bila sudah tiba hari musim persekolahan dibuka semula, mesti ramai antara korang yang memang excited nak jumpa kawan-kawan kan? Dan bukan setakat itu sahaja, korang juga mungkin akan dapat kawan baru sebab baru pindah sekolah lah, sebab baru masuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, dan banyak lagi hal yang menyeronokkan pada hari pertama sekolah nanti. Biasanya juga, pada hari pertama ini adalah hari yang paling happening sebab ramai cikgu tak mulakan sesi pembelajaran dan pengajaran pun lagi. Kiranya, bukan setakat hari pertama sahaja, mungkin sepanjang minggu pertama persekolahan pada tahun baru memang cikgu korang bagi korang peluang untuk tenang kan jiwa dahulu sebelum betul-betul bersedia untuk belajar semula. Jadi, jom kita tengok aktiviti apa yang best yang korang boleh buat sewaktu hari pertama sekolah nanti.

SESI BERKENALAN

Sumber gambar: ilmuakademika

Ini memang kita dah biasa sangat buat setiap tahun sebab cikgu nak tahu nama korang, tarikh lahir, tinggal dimana, hobi, cita-cita dan sebagainya. Kalau boleh korang perkenalkan diri korang dengan cara yang unik tetapi bersahaja supaya kawan-kawan suka dengan diri korang tapi awas! Jangan fake sebab nak attention sangat okay! Just be yourself! Barulah ramai kawan respect… Hehe!

FIND A FRIEND BINGO

Sumber gambar: orientaltrading

Kalau nak main find a friend bingo ini, kerjasama guru korang adalah wajib sebab mereka perlu sediakan borang dengan pelbagai karakter pelajar dalam kelas korang secara rawak. Nanti korang dan classmate akan diberi masa tertentu untuk mendapatkan nama kawan korang mengikut karakter itu dan kalau dah complete, yes! Bingo!

CIRCLE OF LIFE

Sumber gambar:harshjagnani

Boleh juga kalau korang nak cuba untuk buat aktiviti perkenalkan diri dengan menggunakan circle of life, buatlah dalam beberapa bahagian dan pastikan setiap bahagian korang dan kawan-kawan perlu isi. Contohnya kalau ada lapan bahagian, setiap bahagian itu korang buatlah satu lahir dimana, dua dibesarkan dimana, tiga korang pernah masuk pertandingan menyanyi ke, lima korang suka travel ke dan lain-lain sebagai cara korang boleh tunjuk pada satu kelas cara perkenalkan diri dan nanti boleh tampal di dinding kelas cantik-cantik.

TREE OF HOPE

Sumber gambar: fineartamerica

Selain itu, korang boleh buat satu tree of hope yang mana korang agihkan semua kertas yang berbentuk ala daun untuk setiap orang dalam kelas. Seterusnya, korang tulislah nama, cita-cita dan harapan korang untuk masa depan nanti. Lekatkan setiap hasil daun yang korang dah buat itu sampai jadi satu bentuk pokok di dalam kelas supaya ia boleh jadi sebagai salah satu motivasi dan inspirasi korang semua.

GALLERY WALK

Sumber gambar: Mark Drollinger

Untuk menjadikan kelas korang penuh dengan aktiviti yang kolaboratif, apa kata kalau korang ajak cikgu untuk sediakan satu gallery walk? Di situ korang boleh galakkan secara tak langsung diri korang dan kawan-kawan untuk suarakan pendapat ke, idea-idea kreatif korang itu ke, tampal goals korang untuk 2020 ke dan lain-lain. Sebabnya, ia bukan sahaja korang dapat selalu ingat apa yang korang buat, malah secara tak langsung kawan-kawan satu kelas pun akan support korang punya idea dan goals tau! 

Kalau sesi berkenalan itu kebanyakannya antara kita memang sudah selalu buat tapi kalau lepas sesi berkenalan itu cikgu korang macam tak ada idea nak buat aktiviti apa, sebaiknya korang cadangkan pada cikgu untuk buat aktiviti kelas macam yang Zoe cadangkan sebab iyalah daripada masa terbuang dan korang tak dapat bersosial sebab malu-malu lagi, lebih baik korang buat aktiviti seperti yang dicadangkan supaya korang tak adalah awkward dengan kawan-kawan lain nanti, betul tak?

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

SM Bakal Buka Taman Tema VR K-Idol!

2019 Tahun Berita Sendu Untuk K-Pop