in ,

Aktiviti Best Bersama Adik Beradik Di Rumah

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Sekarang semua orang duduk rumah sampai kita sendiri dah tak tahu nak buat apa dekat rumah.. Nak ajak adik-beradik bergaduh pun dah malas sebab naik bosan hari-hari bergaduh. Nak ajak mereka buat apa pun tak tahu!

Tahniah semua sebab kita berjaya #StayAtHome sepanjang fasa ketiga PKP dijalankan sejak 18 Mac yang lepas. LUNARIA percaya korang semua memang ikut arahan sebab dah bosan sangat duduk rumah sampai tak tahu nak buat apa betul tak? Harini Ainaa akan suggest dekat korang beberapa aktiviti menarik yang boleh dibuat dengan adik-beradik dekat rumah!

TENGOK ALBUM LAMA

Raya Bakal Menjelang, Semua Dah Mula Nak Jadi 'Rare' Di Pagi Raya ...
Sumber gambar: Says

Kumpulkan album waktu kecil-kecil dulu kemudian tiba masa untuk throwback bersama-sama. Waktu inilah boleh gelak ketawa sama-sama tengok keletah waktu kecil. Lagi best kalau dapat membahan setiap orang yang ada dekat dalam gambar. Ajak sekali parents korang, confirm meriah satu rumah jadinya dengan gelak tawa korang semua. Sekarang ada challenge throwback gambar waktu kecil, why notย korang remake gambar itu? Then post dekat social media, mesti ramai orang akan buat juga.

DECO BILIK

Memandangkan semua adik-beradik ada dekat rumah atau ada yang tak complete, korang boleh juga ajak mereka kemas bilik dan buat decoration sikit. Kali ini kita buat ubah suai yang menarik, luar biasa dan lain daripada yang korang pernah buat sekarang. Untuk bahan decorationย itu, korang orderย online dekat Shopee, Lazada atau mana-mana online shop yang ada. Raya pun dah nak dekat, bolehlah hias sikit bilik baru ada mood nak beraya walaupun kena beraya dekat rumah je, hehe!

BERKEBUN

22 Gambar Inspirasi Kebun Sayur Belakang Rumah | Inspirasi Berkebun
Sumber gambar: Inspirasi

Semenjak dah sebulan duduk dekat rumah, mesti mak korang dah masak bermacam-macam jenis masakan. Sebab itu jadinya seminggu sekali kena pergi supermarketย beli bahan mentah. Korang pernah disuruh oleh mak untuk pergi ke kedai beli daun kari, daun pandan, serai atau apa sahaja bahan masakan? Itu perkara biasa sebab mungkin ada bahan yang habis jadi kenalah pergi beli. Sebenarnya korang boleh je tanam sayur-sayuran macam cili padi, timun, daun kari, daun pandan, serai, daun bawang atau apa sahaja. Sekurangnya tak perlulah korang ke sana ke sini beli barang. Ajak adik-beradik yang lain berkebun sekali, mesti mak korang rasa happy je sebab semua benda ada dekat rumah.

STUDY LAA APA LAGI

via GIPHY

Jangan sebab PKP dilanjutkan, UPSR dan PT3 dibatalkan, SPM ditangguhkan korang sampai tak nak belajar ya. Belajar itu tetap belajar, homework kena buat dengan kadar segera sebab kita tak tahu bila semua ini akan berakhir. Bila dah ada ramai adik-beradik di rumah, bolehlah ajak mereka study sekali. Minta kakak atau abang korang ajarkan mana-mana subjek yang tak korang tak faham. Korang sendiri mesti taknak ketinggalan pelajaran betul tak? Bila ada masa tambahan macam ini, gunakan sebaiknya dengan study bersama mereka okay! Mesti jadi lagi fun bila nak belajar sebab ada mereka sekali.

Korang anggaplah ini sebagai school holiday yang mana semua adik-beradik ada dekat rumah, jadi korang pun taklah rasa bosan hari-hari menghadap muka masing-masing. Waktu macam inilah kita kena hargai juga sebab lepas ini tak tahu bila dapat berkumpul dengan adik-beradik yang lain.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

TWICE Bakal Buat โ€˜Comebackโ€™ Album Jun 2020

Drama Korea Yang Bakal Buat Kita Mengimbau Kenangan Sekolah