in ,

Aksesori Yang Buat Korang Nampak Extra Cute!

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Girls dan aksesori memang takkan dapat dipisahkan. Umpama satu kekurangan kalau girls bergaya tanpa aksesori.

Bila tak pakai rasa kosong, bila dah pakai tu rasa perfect dan extra cute! Korang suka pakai aksesori tak? Biasanya aksesori apa yang korang akan pakai? Kalau Ainaa, Ainaa suka pakai gelang sebab senang nak match dengan outfit.

via GIPHY

Korang mesti suka kalau pergi jalan-jalan lepastu ada orang cakap korang cute disebabkan outfit yang on point. Lagi la korang bersemangat nak bersiap setiap kali keluar berjalan kan? Haha! So today Ainaa nak suggest beberapa aksesori tambahan yang akan membuatkan korang nampak extra cute! Boleh pakai waktu hang out dengan kawan-kawan,Β family atau dating dengan crush, hehe!

GELANG TANGAN

Image result for vsco girl with bracelet
Sumber gambar: Coolmompicks

Tak kisah gelang apa pun, gelang emas, gelang tali atau gelang yang korang biasa tengok dekat kedai aksesori perempuan sekali pun. Even korang tak pakai jam tangan, gelang akan buatkan tangan korang tak nampak kosong. Lagi best kalau korang ada banyak collection gelang tangan. So that, boleh tukar-tukar setiap kali keluar berjalan kan? Tapi jangan pula sampai banyak sangat gelang korang pakai, nanti jadi macam mami jarum pula! Bukan nampak cute tapi nampak berserabut jadinya.

JAM TANGAN

Image result for pinterest girl with watch
Sumber gambar: Pinterest

Sebenarnya jam tangan ni umpama pelengkap gaya kita. Korang akan kelihatan lebih kemas dengan jam tangan. Tak kisah juga nak pakai jam tangan digital atau yang jenis ada jarum. Asalkan ia ialah jam. Kiranya jam tangan ni sebagai pelengkap gaya yang membuatkan korang nampak style. Korang juga akan nampak style dengan jam tangan yang korang pakai tu. Ada la nampak ciri-ciri orang yang menepati masa ya. Tapi ada juga certain orang yang tak boleh pakai jam disebabkan allergic dekat tangan. Kalau dah kategori macam tu, tak perlu la korang masih gigih lagi nak pakai jam ya. Memudaratkan diri sendiri pula.

HEADBAND

Image result for vsco girl headband
Sumber gambar: Vsco

Alaaaa cutenya kalau girls yang free hair ni pakai headband. Korang nampak extra muda pula tu! Tapi make sure headband tu tak bercorak budak-budak sangat. Beli yang simple pun okay je, jangan pula baju korang dah bercorak sekali headband pun bercorak macam harimau! Itu bukan cute dah, jadi pelik ada la. Sebab tu kena pilih yang sesuai macam plain atau corak simple. Ditambah pula dengan gaya rambut korang yang sesuai, lagi la menampakkan sisi cute dalam diri korang tu. Mesti kalau keluar dengan crush, crush pun boleh jatuh hati! Hehe!

ANTING ANTING

Image result for vsco girl piercing
Sumber gambar: Pinterest

Sekarang ni kan dah masuk trend tindik banyak-banyak dekat telinga. Korang boleh pilih nak pakai subang jenis macam mana mengikut kesesuaian tempat yang korang pergi tu. Let say telinga korang ada empat tindik setiap sebelah, takkan nak letak semua subang panjang dekat situ? Mesti la pilih sepasang subang panjang dan selebihnya subang kecil sahaja. Tapi bukan bermaksud dekat sini Ainaa menyuruh korang semua tindik banyak-banyak dekat telinga. Ye la, sekarang kan dah ramai orang bertindik, tak salah kalau korang nak ikut juga asalkan minta kebenaran parents dulu okay.

Agak-agak lepasni kalau keluar hang out, korang nak pakai aksesori yang mana satu? Bagi Ainaa, paling simple ialah gelang tangan sebab senang nak match dan tak perlu pening kepala nak pakai mana satu.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments