in ,

Akhirnya Ejen Ali Dah Tahu Dia Nak Setia Pada Siapa

Sumber gambar: lunaria.com.my

Ingat tak kami ada cakap tentang Ejen Ali Confused Nak Setia Atau Tidak tempoh hari? Ha! Akhirnya baru kami tahu keputusan Ejen Ali sebab baru-baru ini dua orang #LunaSquad, Zoe dan Faya pergi ke malam gala Ejen Ali The Movie. Malam tersebut seronok sangat sebab ada ramai orang yang excited nak tonton Ejen Ali The Movie. Kami bagi 10/10 dan movie ini korang wajib bawa satu keluarga untuk tonton. Okay meh nak kongsi sedikit apa saja yang jadi di malam gala Ejen Ali The Movie.

Sumber gambar: LUNARIA

Mula-mula ada persembahan pembukaan sedikit dan siap ada maskot Ejen Ali pun datang juga! Lepas itu, barulah kami pergi tonton wayang di dalam dan ramai sangat adik-adik dan mak ayah sekali yang tak sabar nak tunggu Ejen Ali The Movie mula. Awal-awal cerita ada sedikit mukadimah tentang seseorang yang sangat special dalam hidup Ali. Nak tahu siapa? Girlfriend dia ke? Amboi baru 12 tahun dah ada girlfriend? Biar betul Ejen Ali ini! Apa kami boleh beritahu, korang kena tengok sendiri sampailah bermula satu detik yang mana Ejen Ali Confused Nak Setia Atau Tidak itu punya cabaran dan halangan.

Sumber gambar: LUNARIA

Seperti yang kita tahu Ejen Ali ialah ejen perisik yang paling utama dalam agensi MATA dan dia seorang sahaja yang boleh guna dan aktifkan gajet untuk ejen iaitu (Infinity Retinal Intelligence System) IRIS. Suatu hari, gajet IRIS telah diubah menjadi IRIS Neo, kiranya ia lagi hebat dari IRIS Ejen Ali punya. Di situ mulalah Ali terasa left out dari agensi yang dia berkhidmat. Hmm, kesian betul! Sepatutnya bagilah Ali cuba juga? Tak adalah nanti dia persoalkan kedudukan dia pada pihak agensi MATA itu, betul tak?

Sumber gambar: LUNARIA

Dari situ juga bermulalah cabaran dalam hidup Ejen Ali dan sehinggakan ia melibatkan bandar Cyberaya pun terancam tau! Woah! Kenapa boleh terancam? Kalau nak tahu sebabnya, korang kena tengok sendiri! Kalau kami yang beritahu siap-siap korang mesti kata “ya ampun, janganlah LUNARIA beri spoiler“. Jangan risau, kami tak akan potong mood anda untuk tonton Ejen Ali okay! Tapi korang semua tak curious ke dengan kehebatan gajet IRIS Neo itu? Hebat sangat ke sampai Ejen Ali terasa dan teruji kesetiaannya kepada MATA dan kawan-kawan ejen perisiknya yang lain? Jadi kalau nak tahu, tunggu apa lagi? Ajaklah satu keluarga korang dan kawan-kawan book tiket wayang pada 28 November ini! Cuti sekolah dah bermula waktu itu.

Seterusnya, untuk pengetahuan semua, Ejen Ali The Movie akan ditayangkan serentak di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei. Woah! Hebat betul ya penangan Ejen Ali! Mesti ramai yang tertunggu-tunggu sangat cerita ini tak kira sama ada kanak-kanak atau pun yang dah besar. Kemudian, apa yang paling best! Ini merupakan filem pertama siri animasi popular televisyen Ejen Ali yang sudah pun ada dua musim dan masih ada di kaca televisyen tempatan sehingga kini. Tak perlu tunggu dah, pergi saja tengok Ejen Ali The Movie ini ya. Confirm ramai yang akan tepuk tangan sebab memang salah satu filem anismasi terbaik dari negara kita.

Sumber gambar: Oh Media

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Mudah Nak Jadi Influencer Instagram

Betul Ke Suka Online Shopping Petanda Masalah Mental?!