in , ,

Akaun TikTok Artis Korea ‘Hilang’. Apa Puncanya?

Sumber gambar: Pinterest/ SCMP

Aikk? Takkan sebab buat video TikTok terus kena padam akaun dia? Video apa yang dia buat sampai akaun kena delete?

For those yang ada akaun TikTok sendiri, korang pernah terfikir tak kalau-kalau akaun korang kena delete hanya disebabkan korang post satu video? Jangan ingat kalau kita ada akaun TikTok, tak ada kemungkinan untuk kena delete macam social media yang lain. Macam yang korang tahu, TikTok ini salah satu daripada social media. In case kalau ada posting kita yang membuatkan seseorang tak senang hati dan ada yang report, boleh jadi posting tersebut kena take down.

Sebelum ini di India sudah pun mengharamkan penggunaan aplikasi TikTok dan tidak lama lagi katanya Amerika Syarikat juga bakal mengikut jejak langkah yang sama. Teruk sangat ke TikTok sehinggakan banyak negara nak haramkan penggunaannya? Baru-baru ini pula salah satu akaun milik selebriti Korea juga telah dipadamkan. Akan tetapi, sebab mengapa akaun selebriti tersebut dipadam masih lagi tidak dapat dijelaskan oleh pihak TikTok sendiri. Mereka telah mengeluarkan kenyataan di JTBS News tetapi puncanya masih tidak dijelaskan. Mengapa?

Akaun TikTok Selebriti Korea Tiba-Tiba Dipadamkan, Dah Kenapa Pula? - REMAJA
Sumber gambar: Allkpop

Di Korea sendiri ramai penduduk mereka mempunyai akaun tersebut termasuk beberapa orang selebriti di sana. Antara selebriti yang mempunyai akaun TikTok ialah Heechul dari kumpulan Super Junior, HyunA, Kang Gary dari Leessang dan ramai lagi. Mengejutkan apabila sebanyak 13 akaun selebriti dari Korea telah dipadamkan oleh pihak TikTok sendiri. Selebriti yang menjadi ‘mangsa’ atas tindakan tersebut ialah Hyeyeon, MAMAMOO, Rain dan ramai lagi.

Pada masa yang sama, wakil daripada syarikat TikTok memberitahu bahawa kemungkinan penyebab mengapa akaun mereka dipadam ialah disebabkan syarikat pengurusan selebriti tersebut.

Since dah banyak negara mengharamkan penggunaan aplikasi TikTok itu sendiri, ramai rakyat di Korea tertanya-tanya adakah China sendiri melarang produk dan juga budaya dari negara Korea sendiri. Adakah kerana syarikat pengurusan selebriti itu sendiri tidak membenarkan mereka mempunyai akaun media social yang lain? Boleh jadi juga perkara tersebut terjadi kerana mungkin syarikat pengurusan nak lindungi artis mereka daripada perkara yang tidak baik. Maklumlah kadang-kadang ada je komen yang tidak sopan ‘singgah’ di video kebanyakan selebriti. Mungkin takut ia mengganggu fokus artis mereka, sebab itu syarikat pengurusan tidak membenarkan perkara tersebut terus berlaku.

Jom kita tegok beberapa fakta menarik tentang TikTok yang mungkin korang sendiri tak tahu lagi..

APLIKASI TERLARIS DARIPADA WHATSAPP

TikTok for Business: What is TikTok Anyway?
Sumber gambar: GBNews

Korang rasa apa apps yang banyak digunakan di seluruh dunia? Adakah Facebook atau WhatsApp? Kalau korang rasa dua apps ini paling laris, korang salah sebab apps yang paling ramai orang guna ialah TikTok. Menerusi Business Insider pada tahun lepas sahaja TikTok telah mencapai angka 45.8 juta pengguna, sedangkan WhatsApp ketinggalan sebanyak 33.8 juta pengguna sahaja. Ha, itu tahun lepas kalau tahun ini berapa pula jadinya?

VIRAL SELURUH DUNIA

wakanda forever tiktok memes - YouTube
Sumber gambar: Youtube

Kalau korang scroll TikTok, kebanyakan penggunanya datang dari negara mana? Kebiasaannya dari negara Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei, Korea, Jepun, China, negara-negara Barat, negara Timur Tengah dan banyak lagi. Boleh dikatakan TikTok ini digunakan oleh semua orang di seluruh pelusuk dunia. Once mereka ada smartphone dan Internet, akan ada akaun TikTok, lebih-lebih lagi remaja muda. Tak terkejut kalau TikTok ini dikenali oleh semua orang tak kira di mana mereka berada.

DIGUNAKAN SECARA SALAH

Viral !!!!! Awek Bertudung Gelek Tiktok - Payung Aset Atas Bawah - video dailymotion
Sumber gambar: Dailymotion

Pada mulanya ramai orang tak suka TikTok ini disebabkan content yang banyak menari gelek. Tapi lama-lama content tersebut semakin tenggelam disebabkan banyak content menarik sekarang. Dulu ramai orang salah gunakan TikTok untuk tujuan share video tak senonoh. Sekarang ini semenjak dah ramai orang pakai, pengguna pun dah semakin bijak.

Tak kira apa apps social media sekali pun. Gunakan dengan sebaiknya dan jangan sesekali salah guna ya guys.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebelum Ini Jual Air Viral, Kini Daboba Jual Mochi Perisa Soya

#TikTokGuru Tempat Korang Boleh Belajar Benda Baru