in ,

Air ‘Rahsia’ Yang Bakal Bantu Panjangkan Rambut

Sumber gambar: kumparan.com

Bila rambut panjang, nak potong rambut pendek.. Bila dah potong pendek, nak rambut panjang pula.. jadi macam mana???

Setiap orang akan lalui situasi di atas.. Bila rambut panjang berkobar-kobar nak potong, tapi bila dah potong menyesal seperti tiada hari esok. Cara paling simple orang akan buat ialah pakai syampu khusus akan bantu menstimulasikan pertumbuhan rambut lebih cepat. Ada pelbagai jenama dipasaran korang boleh cuba tapi tak semua rambut akan sesuai dengan syampu tersebut. Selain dengan syampu khas, ada juga cara lain yang katanya akan bantu pertumbuhan rambut iaitu dengan hair tonic or hair serum. Kalau nak jimat, korang DIY home remedy dengan hanya gunakan air beras? Iya.. air beras.. jimat bukan?

MANFAAT AIR BERAS UNTUK RAMBUT

Cara Mudah Membuat Air Beras untuk Kecantikan Rambut dan Kulit ...
Sumber gambar: Tribunnews

Untuk pengetahuan korang, cuci rambut menggunakan air beras sudah menjadi tradisi bagi perempuan suku Yao di desa Huang Luo, China. Rambut panjang ala Rapunzel adalah kebanggan buat mereka, dimana mereka hanya potong rambut sekali seumur hidup! Hebat ya. Sama juga seperti perempuan Jepun era Haeian yang akan bela rambut sehingga paras kaki. Rahsia rambut sihat dan kuat mereka ialah air beras.

Ternyata air beras kaya dengan nutrisi yang bermanfaat untuk menstimulasi pertumbuhan rambut, membuat rambut lebih lembut, kuat, juga berkilat. Air beras mengandung asam amino yang penting untuk memproduksi protein dan keratin di rambut. Air beras ini juga mengandung Vitamin B, C dan E yang diperlukan untuk rambut kuat, kulit kepala sihat dan bebas kelemumur. Selain itu, air beras juga mengandung inositol iaitu karbohidrat yang dapat melindungi rambut dari kerosakan. Ada sebuah research mengatakan bahawa air beras dianggap baik untuk mereka yang ada masalah di kulit kepala seperti dermatitis atopik, psoriasis, atau dermatitis seboroik yang mungkin sensitif terhadap kandungan SLS dalam syampu.

CARA BUAT AIR BERAS

via GIPHY

Untuk membuat fermentasi air beras, korang perlukan beras putih, semangkuk air bersih, kulit limau Bali atau grapefruit, lavender atau tea tree essential oils, dan bekas untuk simpan air beras.

Cara membuatnya:

  1. Cuci beras dengan air untuk menghilangkan debu dan kotoran dalam beras. Kemudian buang air cucian beras. Bilas beras sehingga air betul-betul bersih.
  2. Campurkan beras dengan semangkuk air bersih, masukkan kulit jeruk atau grapefruit peels.
  3. Masak atas api yang sedang hingga air mendidih, kemudian tambahkan essential oils secukupnya.
  4. Simpan air beras dalam bekas yang tertutup, dan biarkan ia terfermentasi. Korang boleh simpan sebelum guna dari 3 hingga 4 hari, 2 minggu, 1 atau 2 bulan lebih. It’s up to you.
  5. Air beras tersebut boleh digunakan sebagai pengganti syampu dan conditioner, atau boleh sahaja nak guna berasingan.
  6. Sapukan air beras pada rambut dan kulit kepala dan biarkan lebih kurang 20 minit, sebelum bilas hingga bersih dengan air.

Disclaimer: Because it’ a home remedy, don’t expect it to be a magic solution that will change your hair overnight. Mungkin ada sesetengah akan dapat hasil yang cepat, dan mungkin ada antara korang yang tidak ada beza bila gunakan cara ini. Ia bergantung pada individu.

Korang boleh gunakan rendaman air beras ini seminggu sekali adn jangan lupa bilas rambut bersih selepas gunakannya. Selamat mencuba guys!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cubaan Bunuh Diri, Mina EX AOA Masuk Hospital

Kelemumur Teruk? Ini Cara Mudah Untuk Kurangkan Masalah Korang