in ,

Air Manis Buat Badan Penat Bila Berpuasa?

Sumber gambar: https://www.ft.com/content/8521da6e-ec5a-11e5-bb79-2303682345c8

YA ALLAH! Baru pukul 11 pagi tapi dah tak bertenaga, rasa nak pengsan je! Dapat tidur ni confirm terbabas sampai berbuka.

Aik? Baru berapa jam puasa tapi dah lemau macam tak makan seminggu? Sabar ya girls, berapa jam je lagi korang kena tahan before kita berbuka. Ni mesti kes tak makan banyak waktu sahur tadi kan? Tak bestΒ laΒ bila asyik lemau je, nak berjalan pun fikir banyak kali. Tapi actually, ada je cara untuk kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadhan ni tau. Baca tips yang Ainaa akan bagi ni sampai habis kalau korang taknak rasa lemau!

MAKAN MAKANAN BERKHASIAT WAKTU SAHUR

Sumber gambar: https://www.flipsnack.com/pkgsipitang_2/makanan-berkhasiat.html

Kalau ikut sunnah Nabi, makan kurma pun dah cukup kenyang. Tapi for those yang perlukan tenaga waktu dekat sekolah, kena la makan banyak sikit, contohnya macam makan nasi, sayur-sayuran, roti dan bijirin yang berkhasiat. Kalau boleh elakkan makan makanan berminyak dan pedas sebab takut nanti sakit perut pula, bila perut tu kosong korang mesti lapar. Make sureΒ korang makan makanan yang akan bekalkan tenaga sepanjang hari.

MANDI LEPAS SAHUR

via GIPHY

Nak badan rasa segar dan selesa? Amalkan mandi lepas sahur dan kalau boleh sebelum azan Subuh. Sebab amalan mandi lepas sahur ni banyak pahala dan akan buat badan kita kekal segar, sihat dan saraf dalam otak akan lebih aktif untuk bekerja. Ni kiranya petua orang dulu-dulu la, sebab tu diorang still maintain kuat even dah berusia. Tapi tak salah pun kalau nak mandi lepas azan Subuh, cuma takut korang bantai minum air tu je la. Hehe!

ELAKKAN MINUM AIR MANIS WAKTU SAHUR

Sumber gambar: https://www.maskulin.com.my/minuman-bikarbonat-jadikan-anda-sakit/

Kebanyakan orang akan minum air manis untuk hilangkan rasa dahaga, sama la macam Ainaa! Hehe. Tapi waktu sahur jangan sesekali minum air manis sebab ia akan buat korang rasa lebih dahaga dan lapar. Ye la, dalam air manis kan ada gula, so gula dekat dalam tu la yang buatkan kita rasa dahaga pakej sekali dengan rasa penat. Patutnya waktu sahur kita kena minum air masak yang secukupnya supaya badan kekal bertenaga.

JANGAN LAYAN BADAN

via GIPHY

Bila dah penat memang la asyik rasa nak baring, tidur, eh macam-macam la. Sebab tu la badan kita rasa lesu je. Asyik layankan sangat penat tu, padahal harini tak ada buat apa-apa aktiviti yang memenatkan langsung pun. Kalau boleh, lawan je rasa penat tu dan cuba buat aktiviti yang berfaedah selain tidur. Contohnya siapkan kerja rumah ke, kemas bilik ke, tolong mak siram pokok pun tak apa. Asalkan jangan asyik baring je sepanjang hari. Kuat sikit okay!

Kalau nak diikutkan, puasa waktu bulan Ramadhan ni lain rasa penatnya dengan kita puasa sunat biasa. Ainaa sendiri tak tahu kenapa timbul perasaan macam tu. Ke Ainaa sorang je yang anggap macam tu? Korang pula macam mana?

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Marvel Lagi Best Dari DC?

Betul Ke Siapa Lahir Bulan 5 Ni Keras Kepala?