in ,

Air Basuh Beras Tu Air Magik?

Sumber Gambar: http://pedomanbengkulu.com

Please #Lunagirls, lepas basuh beras jangan buang air beras tu” ha kenapa? sebabnya air beras ni banyak manfaat untuk muka, tak percaya cuba tanya mak korang. Effect air beras ni memang terbukti dalam kecantikan muka dan bermacam lagi, itu sebab ada setengah product menggunakan air beras sebagai bahan utama. Marilah LUNARIA senaraikan manfaat air beras.

MENGHILANGKAN BEKAS JERAWATΒ 

Sumber Gambar: https://aksarapuan.wordpress.com

Jangan takut kalau jerawat menyerang, sebab air beras dapat memudarkan juga langsung menghilangkan bekas jerawat dengan cepat dan mudah. Nampaknya terpaksalah korang masak nasi hari-hari ye lepas ni hihi.

MENGAWAL MINYAKΒ 

via GIPHY

Jerawat yang muncul di muka disebabkan oleh minyak berlebihan, apa yang perlu korang lakukan adalah dengan menyapu air beras setelah mencuci muka dengan menggunakan cleanser tapi selepas tu korang bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari, nescaya minyak degil tadi akan berkurangan hari demi hari.

PEMUTIH KULITΒ 

via GIPHY

Selalu terdedah dengan cahaya matahari, mesti kulit kita akan menjadi kusam dan kurang cerah. Biasanya orang sekarang akan ambil jalan mudah dengan membeli supplement, ala jangan dulu #Lunagirls apa kata cuba air beras ni. Kalini korang kena ambil air beras yang telah di cuci sebanyak tiga kali, lakukan dua atau tiga kali seminggu mesti akan nampak result.

MEREDAKAN SUNBURNΒ 

Sumber Gambar: https://www.consumerreports.org

Lepas balik vacation mesti malu nak keluar rumah sebab sunburn, kini #Lunagirls jangan risau lagi guna je air beras untuk merawat radangan dan meredakan sunburn. Kandungan yang bagus di dalam air beras ni lah yang akan mempercepatkan dan mencegah dari terjadinya kerosakkan pada tisu kulit kita.

Luar biasakan manfaat air beras ni #Lunagirls? bukan setakat itu, air beras ni adalah rawatan kulit muka yang paling murah dan senang di dapati. Air beras menjadikan kulit kita lebih cantik dan nasi membuatkan kita kenyang gembira hihi.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Muka Cantik, Perangai Buruk! Oh No!

Kelebihan Adik Beradik Kembar!