in ,

Ahn Ji Young Bolbbalgan4 Dan Baekhyun EXO Bakal Berduet!

Sumber gambar: kekoreaan.id

Ahn Ji Young Bol4 (Bolbbalgan4) menyatakan rasa terharunya terhadap kesudian Baekhyun EXO untuk berduet bersamanya untuk lagu ‘Leo’.

“Saya tak pernah cuba ‘featuring’ dengan sesiapa sebelum ini. Dengan Baekhyun itu pun kali pertama. Saya tanya senior Baekhyun samada lagu itu okay ke tak dan saya ikut saja cara Baekhyun nyanyi (menunjukkan perasaannya),” telahnya yang mengakui lagu tersebut berkisarkan tentang kucing dimilikinya yang bernama Leo. Nama lain lagu tersebut dibaca sebagai ‘Butterfly and Cat’.

Dalam pada itu, Ahn Ji Young turut mengesahkan bekas rakan sekumpulannya, Woo Ji Yoon tiada di dalam pembikinan album terbarunya itu. Diberi judul sebagai ‘Youth Diary II’, ia bakal menampilkan penyanyi itu dengan lagu-lagu yang dinyanyikannya sendiri tanpa sumbangan daripada Woo Ji Yoon seperti termaktub di dalam lagu-lagu popular Bolbbalgan4 sebelum ini seperti Galaxy, Some, We Loved, Travel dan Workaholic.

Album ‘Youth Diary II’ boleh didapati mulai jam 6 petang, 13 Mei 2020 dan single ke-2, ‘Hug’ turut dilancarkan serentak.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lagu K-Pop Paling On Dijadikan Alarm Sahur Korang

Rain & Zico Jadi Mentor Untuk Artis Big Hit Entertainment Dan CJ ENM?